Selasa, 13 November 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Serang sempadan Turki

Posted: 13 Nov 2012 11:32 AM PST

2.5 juta penduduk Syria jadi pelarian sejak konflik tercetus

Ceylanpinar: Pesawat perang Syria mengebom bandar Ras al-Ain untuk hari kedua semalam, beberapa meter dari sempadan Turki, menyebabkan asap tebal sehingga penduduk melarikan diri ke Turki untuk keselamatan.

Tentera yang setia dengan Presiden Bashar al-Assad cuba menguasai semula Ras al-Ain yang jatuh ke tangan pemberontak Khamis lalu.
Semakin ramai rakyat meninggalkan Syria, melarikan diri dan bersembunyi. Sukar bagi kami memberi angka sebenar," MelissanFleming, Jurucakap UNHCR

Serangan balas tentera Syria menyebabkan pergerakan pelarian terbesar sejak konflik Syria bermula Mac tahun lalu.

Pertubuhan Bulan Sabit Merah Syria menganggarkan, kira-kira 2.5 juta penduduk negara itu menjadi pelarian dan kehilangan tempat tinggal akibat perang saudara meningkat sekali ganda berbanding angka yang diberikan Suruhanjaya Tinggi Bagi Orang Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).

Jumlah pelarian bertambah

"Semakin ramai rakyat meninggalkan Syria, melarikan diri dan bersembunyi. Sukar bagi kami memberi angka sebenar," kata jurucakap UNHCR, MelissanFleming pada satu sidang akhbar.
Pemisah menembak menggunakan mesingan yang dipasang pada trak pikap ke udara ketika jet terbang rendah di Ras al-Ain, menggugurkan tiga bom sebelum berpatah semula untuk serangan kedua terhadap bahagian lain bandar berkenaan, kata seorang saksi Reuters.

Turki enggan menarik diri daripada konflik serantau tetapi serangan bom berhampiran sempadan adalah ujian terhadap ikrar untuk mempertahankan diri sendiri daripada sebarang serangan ke atas wilayahnya atau keganasan dari Syria.

Maklum PBB, NATO

Menteri Luar, Ahmet Davutoglu berkata bahawa Turki memaklumkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengenai serangan terhadap Ras al-Ain, yang dipisahkan dari bandar Turki, Ceylanpinar dengan pagar wayar besi.

Turki berulang kali menyerang semula dengan serangan senjata dan mortar di kawasan sekitar 900 kilometer dari sempadannya dengan Syria dan bercakap kepada sekutu NATO mengenai kemungkinan menghantar peluru berpandu Patroit.

Ankara berkata, ia bukan saja langkah pertahanan tetapi ia juga untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di Syria untuk membataskan serangan udara Assad. Kuasa Barat setakat ini menolak untuk mengambil sebarang tindakan seperti itu. - REUTERS

Pilihan raya Jepun bulan depan

Posted: 13 Nov 2012 11:27 AM PST

TOKYO: Perdana Menteri Yoshihiko Noda (kiri) memutuskan untuk membubar Parlimen Jepun seawal Jumaat ini, dengan pilihan raya mungkin diadakan bulan depan, kata media semalam, dalam satu tindakan kemungkinan menyingkirkannya.


Noda akan mengadakan pilihan raya seawal 16 Disember atau selewat-lewatnya 20 Januari depan, menurut media berita utama, termasuk akhbar harian perniagaan Nikkei dan Asahi Shimbun yang lebih liberal. Selepas beberapa bulan, spekulasi tarikh pengundian menjadi perhatian tengah hari kelmarin, dengan Noda meneruskan rancangan menyertai perjanjian perdagangan bebas trans Pasifik sebagai satu daripada jaminan utama kempennya.

Bubar tahun ini

Ia akan membezakan parti pimpinannya Parti Demokratik Jepun (DPJ) daripada parti pembangkang utama, yang sebahagian besarnya menentang pakatan itu.

"Perdana Menteri memutuskan untuk membubarkan Parlimen tahun ini," kata tajuk muka depan akhbar harian perniagaan berpengaruh Nikkei semalam.
Akhbar Mainichi Shimbun berkata, perdana menteri mungkin membubarkan dewan rendah parlimen Jumaat ini dan mengadakan pilihan raya 9 Disember.

Noda enggan mendedahkan bila beliau akan mengadakan pilihan raya ketika ditanya dalam satu sesi parlimen.

Pengendali politik sudah menukar taktik dengan parti baru kecil bergabung untuk menyeimbangkan kuasa tradisional.

Bekas Gabenor Tokyo yang dilanda kontroversi, Shintaro Ishihara mengambil alih parti konservatif dan menamakannya "Taiyo no to" atau parti matahari, yang mengingatkannya dengan novel kemenangan pada 1955 bertajuk Season of the Sun. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan