Harian Metro: Global |
Rela gadai nyawa demi anak jiran Posted: 01 Oct 2012 09:15 AM PDT LONDON: Seorang remaja lelaki memperjudikan nyawanya meredah api semata-mata mahu menyelamatkan seorang budak yang terperangkap dalam rumah terbakar, lapor media semalam. Sejurus sebelum itu, Nelson Fonangwan, 16, lena tidur tetapi terjaga apabila terdengar jeritan jirannya meminta tolong di kawasan kediaman mereka di Southampton, Hampshire.
Pada masa sama, ibu kepada dua anak, Aneta Jedlikoswka, 32, menumbuk pintu dapurnya untuk membolehkan dia menggapai tangan anaknya yang baru berusia dua tahun, Adam.
"Walaupun gementar, saya merangkak untuk sampai ke tempat Adam dan membawanya keluar dari situ," katanya. Bercakap kepada akhbar Southern Daily Echo, Fonangwan berkata, dia bagaikan tidak percaya melihat Aneta bersusah-payah memecahkan kaca tingkap dapur rumahnya.
"Apa yang difikirkannya ketika itu cuma menyelamatkan Adam," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/02 |
Harimau Benggala 200kg, manusia bercanda untuk hiburkan pengunjung Zoo Arizona Posted: 01 Oct 2012 09:12 AM PDT PHOENIX: Seorang kakitangan zoo menunjukkan keyakinannya kepada seekor harimau Benggala dengan berenang bersama-sama haiwan liar itu pada setiap hari. Rutin itu dilakukan Jeff Harwell, 30, bersama Akasha untuk menghiburkan ribuan pengunjung Zoo Arizona.
Zoo Arizona adalah satu daripada lima zoo paling popular di kalangan kanak-kanak di Amerika Syarikat. - TS Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/02 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan