Harian Metro: Global |
Posted: 15 Sep 2012 03:03 PM PDT LONDON: Isteri Putera William, Catherine semalam berdepan dengan tindakan yang akan memalukannya lagi berhubung gambar separuh bogelnya apabila satu lagi majalah Itali berkata, ia akan menyiarkan gambar berkenaan. Pasangan diraja Britain itu itu sudahpun memulakan tindakan undang-undang terhadap majalah Closer, selepas ia menyiarkan gambar yang dirakam paparazi menunjukkan Catherine berjemur bersama-sama suaminya dalam keadaan separuh bogel. Majalah itu adalah sebahagian daripada empayar media bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi. Pasangan berkenaan berharap untuk mengekang skandal itu dengan menyaman Closer serta-merta tetapi, Chi, sebuah majalah mingguan yang juga diterbitkan oleh Kumpulan Mondadori milik Berlusconi, mengumumkan rancangan menerbitkan isu khas 26 muka esok, khusus mengenai gambar Catherine.
"Ada banyak lagi gambar itu yang kami tidak siarkan dan kami tidak akan menyiarkannya. Tetapi akhbar lain mungkin akan menyiarkannya," kata Laurence. Versi muka depan Chi menunjukkan beberapa gambar itu dengan tajuk 'Ratu Berbogel.' "Hakikat bahawa ia gambar bakal Ratu England menjadikan artikel itu lebih menarik. "Ia topik yang baik kerana ia menunjukkan secara menyeluruh kehidupan harian pasangan yang amat terkenal dan moden yang sedang bercinta," kata pengarangnya, Alfonso Signorini. William dan Catherine, yang berada di Malaysia ketika ini, menyaman Closer kerana menceroboh privasi mereka. Dalam pada itu, tindakan menyaman Closer dilapor berkesan apabila majalah itu menarik balik beberapa gambar kontroversi itu dari laman webnya, lapor RadarOnline.com. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/16 |
Posted: 15 Sep 2012 02:59 PM PDT JEDDAH: Empat warga Asia, termasuk dua wanita, ditangkap atas tuduhan mengamalkan sihir dan menipu orang ramai. Jurucakap polis Jeddah, Brigadier Misfer Al-Juaid berkata, seorang wanita Indonesia berusia 33 tahun ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz bersama-sama tangkal, beberapa kertas dan barangan berbau busuk.
Apabila disoal, lelaki itu mengaku merancang menggunakannya ke atas keluarga majikannya.
Wanita itu dikatakan mengambil upah 'menundukkan gadis' untuk orang yang mengupahnya. Anggota dari Balai Polis Al-Jami'ah mengepung rumah itu sebelum menangkapnya ketika dia sedang melakukan sihir. - SG Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/16 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan