Harian Metro: Global |
Posted: 08 Aug 2012 09:39 AM PDT CURITIBA: Dua banduan cuba melarikan diri dari sebuah penjara di Brazil dengan bersembunyi dalam karung sampah dengan harapan akan diangkut oleh pengawal penjara. Sidney da Cruz, 24, dan Carlos Pereira, 18, berharap akan diangkat dan dicampakkan di luar penjara oleh kakitangan di Penjara Delegacia de Furtos di Curitiba, selatan Brazil. Bagaimanapun, seorang pengawal menggagalkan rancangan mereka selepas menyedari beg plastik itu 'bergoyang,' menurut laporan akhbar Internet Brazil, Terra. Cubaan untuk melarikan diri itu bermula selepas makan tengah hari Selasa lalu apabila sisa makanan dan pinggan plastik dimasukkan ke dalam karung sampah.
Tetapi selepas memeriksa lebih dekat, saya melihat dua banduan bersembunyi dalam karung sampah terbabit." Ketua Polis, Gerson Alves Machado berkata: "Saya tidak tahu bagaimana mereka menjangka ada orang yang akan mengangkut mereka dan membawa mereka pergi. "Mereka lelaki dewasa dan karung itu diperbuat daripada plastik nipis." Kedua-dua banduan itu ditangkap dan hukuman mereka mungkin dilanjutkan. Pihak berkuasa penjara kini melancarkan siasatan mengenai bagaimana banduan terbabit boleh masuk ke dalam karung yang sudah diikat itu. Cubaan kedua-dua banduan berkenaan tidaklah senekad banduan Perancis, Pascal Payet, yang berjaya melarikan diri dari penjara sebanyak tiga kali, semuanya dengan menggunakan helikopter. Payet melarikan diri kali pertama pada 12 Oktober 2001 apabila seorang rakan mendaratkan helikopter di penjara Luynes di selatan Perancis dan melarikan penjenayah itu. Tindakan keduanya pula ialah secara teknikal memecah masuk penjara apabila Payet mengatur usaha 'menyelamat' dengan helikopter untuk membawa tiga rakan penjaranya lari dari Luynes pada 2003. Apabila ditangkap semula pada 2003, pihak berkuasa memindahkan Payet dari satu penjara ke penjara yang lain. Tetapi pada 14 Julai 2007, di penjara Grasse, tenggara Perancis, Payet melarikan diri lagi, juga dengan menggunakan helikopter. Dia ditangkap pada 21 September 2007 di Sepanyol dan kini masih merengkok di penjara. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/09 |
Brad Pitt hadiah jam RM1.25j kepada Angelina Posted: 08 Aug 2012 09:36 AM PDT LOS ANGELES: Brad Pitt membelanjakan RM1.25 juta untuk membeli satu daripada jam paling mahal di dunia sebagai hadiah perkahwinan untuk tunangnya, Angelina Jolie. Bintang Fight Club itu membeli jam mewah itu, 'Patek Philippe Minute Repeater' meskipun biasanya terdapat senarai menunggu selama dua tahun.
Satu sumber berkata: "Pitt mengambil keputusan untuk membeli satu daripada jam menakjubkan itu selepas bertemu dengan keluarga Stern di satu pesta jam di Basel.
Mereka akan berkahwin di kediaman mereka di Perancis. Ketika ini, pasangan berkenaan menetap di Surrey, England, bersama-sama enam anak mereka. - TS Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/09 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan