Harian Metro: Global |
Sekeluarga nyaris maut bongkah batu terpelanting depan rumah Posted: 04 Aug 2012 07:34 AM PDT BEIJING: Sebuah keluarga nyaris maut apabila bongkah batu seberat dua tan yang runtuh daripada gunung berhampiran terpelanting ke depan pintu rumah mereka. Bongkah batu itu hanya berhenti apabila tersekat di dinding. Ia terpelanting akibat kejadian tanah runtuh selepas hujan lebat selama beberapa minggu melanda Mentougou, kawasan pergunungan dekat ibu negara China itu. "Satu lagi lantunan dan ia mungkin ada dalam bilik bersama keluarga itu. Mereka memang bertuah. "Keseluruhan halaman dan belakang rumah dipenuhi dengan runtuhan batu-batan. Mereka hanya selangkah daripada ditimbus hidup-hidup," kata jurucakap polis.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/04 |
Posted: 04 Aug 2012 07:33 AM PDT AMSTERDAM: Suspek kes pembunuhan menanam mayat seorang wanita di bawah karavan miliknya dan tinggal di atasnya selama lima bulan, lapor kenyataan mahkamah, semalam. Darius Majchrzak, 39, dan pasangannya, Samea Kubiak, 35, dituduh mencekik Paulina Starczewska sebelum menyembunyikan mayat mangsa lebih daripada satu dekad lalu.
Samea mendakwa Majchrzak mencekik Paulina hingga mati selepas cuba menyerang kedua-dua wanita itu ekoran parti dadah.
"Selepas polis Britain berhubung dengan pihak berkuasa Belanda, Samea pulang ke negara itu untuk mengenal pasti lokasi di mana mayat mangsa ditanam," katanya. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/04 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan