Harian Metro: Global |
Posted: 02 Aug 2012 12:25 PM PDT BEIJING: Seperti pepatah "buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat," begitulah takdir menimpa seorang pelajar yang cuba ponteng sekolah semalam. Gara-gara ingin melarikan diri dari kelas, De Fang menderita kesakitan amat sangat selepas bahunya ditembusi pagar sekolah.
Bagaimanapun, dia tersilap langkah dan tergelincir, menyebabkan satu daripada bilah pagar itu tercucuk bahu kanannya.
Anggota bomba kemudian dikejarkan ke sekolah untuk menyelamatkan De.
Keadaan itu, katanya, menyebabkan tapak tangannya basah kerana berpeluh. "Saya tersalah langkah dan tergelincir ketika memanjat pagar," katanya. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/03 |
Facebook tempat intip bekas kekasih Posted: 02 Aug 2012 12:19 PM PDT OTTAWA: Kira-kira sembilan daripada 10 pengguna Facebook menggunakan kemudahan rangkaian sosial itu untuk mengintip aktiviti bekas kekasih masing-masing. Tesis sarjana seorang mahasiswa Universiti Ontario Barat menunjukkan, 88 peratus pengguna Facebook memeriksa halaman bekas kekasih mereka untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Kajian mendapati, ramai pengguna Facebook mendaftar masuk ke laman sosial popular itu menggunakan akaun rakan mereka bagi memudahkan aktiviti mengintip dilakukan.
Sebahagian pengguna Facebook pula membaca kembali catatan yang dimuatkan dalam akaun bekas kekasih masing-masing.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/03 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan