Harian Metro: Global |
Lebih sayang anak patung dari suami Posted: 24 Aug 2012 09:35 AM PDT LONDON: Apabila ibu kepada lima anak, Alice Winstone diberitahu dia tidak lagi boleh mendapat anak kerana masalah kesihatan, dia tetap berazam memenuhi kediamannya dengan bayi. Wanita berusia 39 tahun itu sangat terdesak untuk menjaga bayi hingga dia membelanjakan puluhan ribu ringgit membeli 50 anak patung bayi yang seolah-olah hidup memenuhi seluruh kediamannya.
Ketaksubannya pada bayi palsu yang berharga 1,200 pound (RM5,891) setiap satu, menyaksikan dia membelanjakan 50 pound (RM245) sebulan dan memaksa suaminya yang telah lama menderit, Chris untuk berpindah keluar dari kediaman mereka di Cardigan, Wales Tengah.
Alice diberitahu selepas dia hamilkan anak bongsunya, Jessica, kini 12 tahun, dia mengalami masalah gangguan darah menyebabkan kehamilan seterusnya tidak selamat.
Alice begitu bimbang mengenai keselamatan anak patungnya itu setiap kali anak kandung atau kucingnya berada berdekatan mereka. — DM Artikel ini disiarkan pada : 25/08/2012 |
Posted: 24 Aug 2012 09:33 AM PDT OSLO: Mahkamah Oslo semalam mendapati Anders Behring Breivik bersalah atas tuduhan keganasan dan menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadapnya, atau dilanjutkan, ekoran insiden pembunuhan beramai-ramai tahun lalu yang menyebabkan 77 orang terbunuh. Lima hakim sebulat suara mendapati Breivik waras, keputusan yang selari dengan keinginan pelampau itu, mengakhiri perbicaraan 10 minggu terhadap serangan yang menggemparkan Norway dan seluruh dunia.
Kanun keseksaan Norway tidak mempunyai hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tempoh maksimum hukuman penjara untuk dakwaan dihadapi Breivik ialah 21 tahun.
Artikel ini disiarkan pada : 25/08/2012 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan