Harian Metro: Global |
Posted: 20 Aug 2012 10:19 AM PDT LOS ANGELES: Pengarah filem terkenal Hollywood, Tony Scott, membunuh diri dengan melompat dari sebuah jambatan di San Pedro, California, semalam. Dikenali dengan banyak filem aksi - termasuk Top Gun dan Enemy of the State - Scott dilaporkan memanjat pagar jambatan itu "tanpa teragak-agak" sebelum melompat ke air. Beberapa saksi berkata, mereka melihat kasut Scott terapung-apung di air sejurus selepas dia melompat. Polis dan anggota Pengawal Pantai AS menarik keluar mayat Scott tidak jauh dari Jambatan Vincent Thomas itu yang dibina tidak jauh dari Pelabuhan Los Angeles.
"Penyiasat kemudian menemui nota terakhir ditinggalkan Scott di pejabatnya," katanya.
Scott - lahir di Britain pada 1944 - banyak diingati kerana kejayaan filem Top Gun yang dibintangi Tom Cruise.
Artikel ini disiarkan pada : 21/08/2012 |
Wanita ancam terjun bangunan diselamat Posted: 20 Aug 2012 10:15 AM PDT BEIJING: Orang ramai menyaksikan detik cemas dan dramatik bagaimana seorang wanita yang cuba membunuh diri, berjaya ditarik ke tempat selamat oleh ahli keluarganya, lapor media, semalam. Wanita yang kelihatan tertekan itu menaiki sebuah bangunan dan duduk di tebing bumbungnya untuk seketika sebelum ia disedari orang ramai.
Penyelamat terpaksa memujuk wanita untuk beberapa lama ketika dia mengancam untuk melompat ke bawah. Orang ramai pula berkumpul di bawah menyaksikan drama itu dengan cemas.
Artikel ini disiarkan pada : 21/08/2012 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan