Jumaat, 3 Ogos 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


China tidak galak etnik Uighur puasa

Posted: 03 Aug 2012 08:41 AM PDT

Pihak berkuasa Xinjiang risau kesihatan penduduk

BEIJING: China tidak menggalakkan sebahagian penduduk Islam Uighur di wilayah Xinjiang daripada berpuasa pada bulan Ramadan.

Pihak berkuasa berkata, langkah itu disebabkan kebimbangan mengenai kesihatan penduduk tetapi pihak lain menyifatkannya cubaan memesongkan kepercayaan penduduk Muslim.
Pemimpin kawasan Zonglang dilaporkan melarang pekerja awam dan pelajar Muslim menghayati Ramadan.

Peringatan tidak berpuasa

Di daerah Onsu, pelajar dan guru diberi peringatan supaya tidak berpuasa.
Pakar ekonomi etnik Uighur di Beijing, Ilham Tohti, berkata peringatan itu bukan sesuatu yang baru di Xinjiang tetapi pihak berkuasa seolah-olah memperketatkan peraturan pada tahun ini.
Jurucakap pihak berkuasa wilayah, Hou Hanmin pula dipetik sebagai berkata oleh akhbar Global Times bahawa pihak berkuasa menggalakkan penduduk makan seperti biasa untuk belajar dan bekerja tetapi tidak memaksa sesiapa supaya tidak berpuasa.

Mengehadkan aktiviti

Ada notis yang disiarkan dalam banyak laman web kerajaan meminta pemimpin Parti Komunis mengehadkan aktiviti penduduk Muslim ketika Ramadan yang bermula 20 Julai lalu.

Kenyataan dari Zonglang, daerah di kawasan Kashgar, menyatakan 'jawatankuasa daerah mengeluarkan dasar menyeluruh bagi mengekalkan kestabilan sosial ketika Ramadan.

"Adalah dilarang bagi anggota Parti Komunis, pegawai awam (termasuk yang sudah bersara) dan pelajar berpuasa."

Sebailknya, kenyatan di laman web kerajaan Xinjiang menggesa pemimpin parti itu membawa makanan sebagai hadiah kepada pemimpin tempatan bagi memastikan mereka makan ketika Ramadan.

Sebuah kumpulan yang berada dalam buangan, Kongres Uighur Dunia,' memberi amaran bahawa tindakan itu akan menyebabkan kumpulan Kongres Uighur Sedunia memberi amaran bahawa penduduk Islam akan meningkatkan penentangan terhadap China.

Ia disuarakan oleh jurucakap kumpulan itu, Dilshat Recit. Ada kira-kira sembilan juta penduduk Uighur di Xinjiang. - AP/Reuters

Semua tidak mahu mengaku bersalah

Posted: 03 Aug 2012 08:37 AM PDT

Peletakan jawatan Annan sebagai wakil dunia ke Syria jadi isu pula

ALEPPO: Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) saling menuding jari menyalahkan orang lain atas tindakan bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan, meletak jawatan sebagai wakil khas damai antarabangsa ke Syria.

Annan mengadu, inisiatifnya untuk menamatkan pertumpahan darah di Syria tidak mendapat sokongan diperlukan.
Peletakan jawatan Annan menyaksikan lima anggota tetap majlis itu termasuk Amerika Syarikat menyalahkan Russia dan China kerana menggunakan kuasa veto sebanyak tiga kali ke atas resolusi PBB mengenai konflik Syria.

"Peletakan jawatan Annan menonjolkan kegagalan Russia dan China dalam Majlis Keselamatan untuk menyokong resolusi terhadap Bashar yang akan memaksa beliau memikul tanggungjawab," kata jurucakap Rumah Putih, Jay Carney.

Jerman juga berkata, keputusan Annan sebahagiannya berpunca daripada tentangan China dan Russia terhadap sekatan ke atas Syria.

Namun, wakil Russia ke badan dunia itu, Vitaly Churkin, menegaskan Moscow memberi sokongan penuh kepada Annan dan Putin menyifatkan peletakan jawatan itu sebagai keaiban besar.
"Kofi Annan diplomat bijak dan jujur. Tindakannya memang satu kehilangan besar," Putin dipetik sebagai berkata di London.

Sementara itu, ketika kerajaan Syria menggunakan jet tempur untuk menyerang pemberontak yang menggunakan kereta kebal di Alepppo, wakil PBB dan Liga Arab itu meluahkan rasa kesal peningkatan sengketa dalam konflik hampir 17 bulan itu.

Annan mengecam Majlis Keselamatan PBB, yang dikatakan menghalang tindakan untuk menghentikan keganasan.
"Saya tidak menerima sokongan yang diperlukan. Anda perlu faham, sebagai wakil khas, saya juga mahukan keamanan seperti , Majlis Keselamatan atau masyarakat antarabangsa.

"Tindakan ketenteraan yang semakin meningkat dan ketiadaan keputusan sebulat suara di Majlis Keselamatan mengubah peranan saya," katanya dalam sidang akhbar di Geneva.

Namun, beliau meramalkan Presiden Bashar al-Assad akan tumbang dalam tempoh 'cepat atau lambat' dan tidak menolak penggantinya akan lebih bertuah di sebalik amaran 'tiada pelan B' setakat ini.

Menulis dalam akhbar Financial Times, Annan meminta Moscow dan Washington bertanggungjawab menyelamatkan Syria daripada perang saudara yang dahsyat. –AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan