Harian Metro: Global |
Kanak-kanak tanpa mata gemar cahaya Posted: 07 Jun 2012 01:55 PM PDT URUMQI (Xinjiang): Marwanijun dilahirkan tanpa mata, tetapi kelihatan gembira apabila lampu picit diacukan ke mukanya. Sejak berusia lapan bulan, lampu picit sering diacukan ke arah rongga Marwanijun di mana mata kirinya sepatut berada.
Namun apabila bapa, Madamihan dan ibunya, Salamu, masing-masing berusia 26 tahun membawa anak mereka dari desa terpencil ke sebuah hospital di Urumqi yang juga ibu negeri Xinjiang, mereka diberikan sinar harapan. Doktor memberitahu anak mereka sukakan lampu picit kerana dia sebenarnya mempunyai mata kiri, tetapi ia dilitupi lapisan kulit.
Walaupun jika pembedahan dapat mendedahkan bola mata kirinya, dia mungkin tidak dapat melihat apa-apa. Doktor mencadangkan kanak-kanak itu mungkin sesuai untuk diberikan mata palsu apabila dia mencecah usia 16 tahun.
|
Trump mahu saman Miss Pennsylvania Posted: 07 Jun 2012 01:48 PM PDT NEW YORK: Ketua organisasi pertandingan ratu cantik Miss Universe, Donald Trump berjanji akan menyaman jelitawan Sheena Monnin semalam selepas dia mendakwa pertandingan Miss USA yang diadakan baru-baru ini sudah diatur. Perbalahan mengenai pertandingan itu yang menyaksikan wanita cantik berpakaian gaun labuh dan bikini di depan juri bermula apabila Sheena, Ratu Pennsylvania yang berambut hitam mendedahkan dalam Facebook bahawa dia mendapat tahu peserta lima teratas dipilih "sebelum pertandingan bermula lagi".
Tulisannya mengenai perkara itu kemudian dibuang, tetapi puluhan penyokongnya meninggalkan mesej mengucapkan tahniah kepada Sheena atas pendiriannya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan