Rabu, 11 April 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Filipina panggil Duta China

Posted:

Filipina panggil Duta China

MANILA 11 April - Filipina, hari ini memanggil Duta China ke Manila ekoran tindakan dua kapal pemantau Beijing yang menghalang kapal tentera laut negara ini daripada menahan nelayan China di kawasan perairan Laut China Selatan yang menjadi pertikaian kedua-dua negara terbabit.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina dalam satu kenyataan, lapan kapal nelayan China telah berlabuh di luar perairan Scarborough Shoal, 124 batu nautika dari pulau Luzon yang didakwa Filipina sebagai perairannya.

Kapal tentera laut Filipina, Gregorio Del Pilar, menemui kapal nelayan China itu ketika membuat rondaan di kawasan itu pada Ahad lalu.

Dua kapal pemantau maritim China kemudiannya berlayar ke Shoal, semalam dan berlabuh di tengah-tengah kapal nelayan dan kapal tentera laut Filipina itu bagi menghalang penahanan nelayan dari negara itu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Pemimpin pembangkang Rusia ditahan

Posted:

Pemimpin pembangkang Rusia ditahan


SERGEI Udaltsov (dua dari kanan) ditahan selepas mengadakan demonstrasi di luar bangunan Parlimen ketika Vladimir Putin berucap di tengah Moscow, semalam. - AFP


MOSCOW 11 April - Pemimpin pembangkang Rusia, Sergei Udaltsov ditahan ketika mengadakan demonstrasi di luar bangunan Parlimen, di sini hari ini ketika Perdana Menteri, Vladimir Putin dijangka berucap buat kali terakhir di Dewan Rendah Parlimen sebelum menjawat jawatan sebagai Presiden Rusia.

Udaltsov yang merupakan pemimpin pergerakan Barisan Kiri itu berkata, saya ditahan dan dimasukkan ke dalam bas polis.

Sejumlah orang lain turut ditahan dalam demonstrasi tersebut selepas berpuluh-puluh aktivis pembangkang yang memakai reben putih, simbol pergerakan 'Pilihan Raya Adil' di Rusia, berkumpul di luar bangunan Parlimen, pagi ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan