Sabtu, 31 Mac 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Tanam ganja biaya besar payu dara

Posted: 30 Mar 2012 09:27 AM PDT

BRISTOL: Seorang ibu dua anak, ditangkap selepas menjadikan bilik tidurnya sebagai kebun ganja untuk membiayai pembedahan payu daranya.

Kirsty Hartley, 23, membenarkan pengedar dadah 'membuka' kilang dadah di rumahnya selepas dijanjikan bayaran 8,000 pound (RM39,276) untuk membiayai pembedahan itu.

Kirsty ditahan selepas polis menyerbu rumahnya di Bristol dan menemui 32 pokok ganja ditanam di situ.

Mahkamah di Bristol semalam mendengar pengakuan Kirsty bahawa dia dijanjikan wang oleh pengedar dadah sekiranya dibenarkan menanam pokok ganja yang boleh menghasilkan dadah bernilai RM78,573.


Kirsty yang menyiram pokok ganja itu sekali sekala, turut mengaku menghasilkan ganja.


Pendakwa raya, May Li memberitahu mahkamah: "Dalam soal siasat dengan polis, Kirsty mengaku dijanjikan RM39,276 sekiranya membenarkan pokok ganja ditanam di bilik tidurnya. Pada mulanya dia menolak tetapi akhirnya menerima tawaran itu.

"Katanya dia tidak sukakan tubuhnya dan mahu membesarkan payu dara."

Kirsty pernah melakukan kesalahan sebelum ini. Dia pernah diberi amaran kerana mabuk dan berkelakuan buruk ketika berusia 16 tahun.

Peguam Kirsty, Dianne Heys berkata, anak guamnya seorang pesalah yang tidak matang dan mengalami kemurungan,

Katanya, Kirsty didesak untuk melakukan kesalahan itu.

Dianne berkata: "Dia menyiram pokok ganja hanya sebanyak dua kali saja dan jelas dia melakukannya kerana terpaksa."

Kirsty dijatuhkan hukuman 18 bulan kerja kemasyarakatan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun. - DM




Lindsay bebas daripada hukuman pengawasan

Posted: 30 Mar 2012 09:22 AM PDT

LOS ANGELES: Aktres, Lindsay Lohan semalam mengucapkan terima kasih kepada hakim kerana menarik balik secara rasmi hukuman meletakkannya di bawah pengawasan pihak berkuasa.

Namun, pelakon itu dinasihatkan supaya berhenti menghabiskan masa di kelab malam dan bekelakuan matang.


Bintang remaja bermasalah itu memberitahu hakim, Stephanie Sautner, yang dihadapnya berulang kali sepanjang setahun atau dua tahun lalu kerana kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dan kes mencuri barang kemas: "Saya berterima kasih kepada anda kerana bersikap adil.

"Apa yang anda lakukan telah berjaya membuka banyak pintu untuk saya." Pelakon itu membuat kenyataan berkenaan selepas hakim berkata Lindsay telah melakukan apa saja yang mahkamah arah. Stephanie juga berkata, dia menjangka tidak akan menemui aktres itu lagi meskipun ada satu lagi hukuman yang meletakkan Lind- say di bawah pengawasan yang masih belum selesai.


"Hukuman meletakkan anda di bawah pengawasan berakhir hari ini. Sekarang. Anda tidak perlu datang lagi ke mahkamah," kata hakim itu. Bagaimanapun, Stephanie memberi amaran kepada Lindsay: "Anda perlu menjalani kehidupan secara lebih matang. "Berhenti ke kelab malam dan tumpukan kepada karier anda. Saya tahu adalah sukar bagi anda untuk berbuat demikian apabila ada saja orang yang mengekori ke mana saja anda pergi. Tetapi itulah kehidupan yang anda pilih." Lindsay, bintang remaja yang dilapor mempunyai masa depan yang cerah sebelum, terkenal kerana kegemaran berparti dan pembabitannya dalam beberapa kes mahkamah.


Dia dihukum tahanan rumah selama 35 hari Mei lalu sebagai sebahagian daripada tawaran merayu berhubung kes kecurian rantai dari sebuah kedai barang kemas berhampiran kediamannya di Venice Beach.

November lalu, dia menghabiskan masa lima jam dalam penjara berkait dengan kes dadah. - AP




Tiada ulasan:

Catat Ulasan