Isnin, 6 Februari 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Filipina dilanda gempa bumi

Posted:

Filipina dilanda gempa bumi

Filipina dilanda gempa bumi


PENDUDUK memeriksa kerosakan harta benda yang rosak akibat gempa bumi yang melanda Negros Oriental, tengah Filipina, semalam. - REUTERS


MANILA 6 Feb. - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.7 skala Richter menggegarkan pulau Negros, Filipina hari ini menyebabkan 43 orang terbunuh, termasuk dua kanak-kanak dan 40 lagi hilang.

Gempa yang turut menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan itu mengakibatkan bangunan rosak dan mencetuskan insiden tanah runtuh yang menimbus berpuluh-puluh rumah.

Datuk Bandar Guihulngan di wilayah Negros Oriental, Ernesto Reyes berkata, sebanyak 30 rumah tertimbus akibat tanah runtuh dan menyatakan mangsa yang terbunuh termasuk dua pelajar sekolah rendah dan seorang penuntut kolej.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa pada kedalaman 19.8 kilometer itu disusuli dengan dua lagi gempa susulan masing-masing berukuran 4.8 dan 5.6 skala Richter.

Institut Gempa Bumi dan Seismologi Filipina berkata, amaran ombak besar kepada penduduk di sepanjang kawasan pantai telah dikeluarkan ketika amaran tsunami ditingkatkan ke tahap dua.

Bagaimanapun belum ada amaran pemindahan dikeluarkan.

Menurut Institut itu, pusat gempa terletak hanya lima kilometer dari pantai Tayasan, Negros Oriental dan dapat dirasakan pada kekuatan tujuh di bandar Dumaguete dan kekuatan enam di Bandar Bacolod.

Namun, Pusat Amaran Tsunami Pasifik AS berkata, berdasarkan data yang mereka miliki, tsunami dijangka tidak akan berlaku.

"Kerosakan mungkin berlaku di kawasan yang menerima gegaran sekurang-kurangnya pada kekuatan lima dan jika struktur bangunan lemah," kata ketua Institut Gempa Bumi dan Seismologi Filipina, Renato Solidum dalam wawancara radio. - REUTERS

Full content generated by Get Full RSS.

Paras air di Queensland naik

Posted:

Paras air di Queensland naik

Paras air di Queensland naik


TENTERA Udara Diraja Australia membantu mangsa-mangsa banjir menaiki helikopter semasa proses pemindahan mereka di pekan Charleville di Queensland, Australia, semalam. - AGENSI


SYDNEY 6 Feb. - Paras air banjir di beberapa bahagian di Queensland terus meningkat hari ini ketika penduduk di kawasan yang terancam menerima berita gembira menyatakan benteng sungai mungkin bertahan.

Beribu-ribu orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka ketika banjir mencatat rekod sama seperti tahun lalu dengan St. George di selatan Queensland menjadi kawasan paling terancam.

Kebanyakan penduduk di kawasan itu berpindah ke pusat pemindahan di Dalby atau ibu negeri Brisbane semalam, walaupun 400 orang lagi masih tidak berganjak untuk membantu mengurangkan kerosakan meskipun arahan perpindahan wajib telah dikeluarkan.

Datuk Bandar St. George, Donna Stewart berkata, Sungai Balonne di St. George, kawasan yang dilanda banjir sebanyak tiga kali dalam tempoh kurang dua tahun, telah mencapai paras 13.48 meter dan dijangka terus meningkat sehingga malam esok.

Pegawai Biro Meteorologi yang sebelum ini menjangka paras air sungai itu akan mencapai tahap 15 meter dan melebihi benteng sungai, bagaimanapun menurunkan anggaran mereka kepada 14 meter.

Ramalan baru itu bermakna benteng sungai yang mempunyai ketinggian 14.5 meter mampu bertahan.

Stewart berkata, beliau optimistik pekan itu akan terselamat daripada bencana buruk.

Ketua Menteri Anna Bligh yang melancarkan rayuan bantuan banjir berkata, banjir St. George mencatat pemindahan terbesar di Queensland.

Sekurang-kurangnya 30 rumah dan premis perniagaan ditenggelami banjir setakat ini dan dijangka ia akan meningkat.

Walaupun kebanyakan penduduk telah berpindah, Pesuruhjaya Polis Queensland, Bob Atkinson berkata, pegawai-pegawainya akan terus berkawal bagi mengelak insiden kecurian. - AFP

AP010142644.jpg

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan