Isnin, 6 Februari 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Gejala pelacuran bakal dihapuskan

Posted: 06 Feb 2012 02:54 PM PST

Dunia

Majlis Ulama Indonesia beri bayaran jika pekerja seks tinggalkan kegiatan

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) berkata pihaknya mencapai kejayaan dalam usaha menghapuskan gejala pelacuran yang dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan Jawa Timur.

Menurut MUI, program berkenaan menawarkan insentif sebanyak Rp 3 juta (RM1,020) kepada pelacur yang meninggalkan bidang itu. "Langkah ini bertujuan menghapuskan kompleks pelacuran di Jawa Timur. Syukur kerana 20 wanita sudah bertaubat," kata ketua MUI cawangan wilayah berkenaan, Abdusshomad Buchori.

Mereka berkhidmat di kompleks pelacuran Bangunsari yang terletak di bandar raya Surabaya.

Selain wang tunai yang diberikan sebagai modal memulakan perniagaan kecil, wanita berkenaan turut diberikan latihan vokasional, kata Abdusshomad.

"Kemahiran diperlukan untuk mereka berjaya di kampung masing-masing. Kami meyasarkan untuk membasmi pelacuran tetapi ia memerlukan satu jalan penyelesaian, bukan sekadar menghapuskan ia begitu saja," katanya.
Selain Bangunsari, Surabaya turut mempunyai beberapa pusat pelacuran termasuk rumah urut Dolly yang terkenal di pusat bandar raya itu.

Di Bangunsari saja, Abdusshomad berkata, bilangan pelacur semakin berkurangan daripada beribu-ribu kepada 150 orang sejak program itu bermula.

Seorang wanita yang menerima tawaran wang tunai berkenaan dan kembali ke kampungnya ialah Anjarwati, 46, yang berasal dari Mojokerto, kira-kira 50 kilometer ke barat Surabaya. – Antara

Full content generated by Get Full RSS.

Murid di Seoul tak banyak rehat

Posted: 06 Feb 2012 02:54 PM PST

Dunia

SEOUL: Murid sekolah rendah di ibu negara menghabiskan masa purata 195.6 minit sehari dalam aktiviti santai, iaitu hampir sama dengan purata masa yang dihabiskan pelajar sekolah menengah iaitu 195.2 minit, menurut laporan agensi kerajaan, Institut Polisi Belia Nasional.

Akhbar Korean Herald melaporkan, kajian itu dibuat terhadap 1,745 pelajar sekolah rendah, menengah dan tinggi di Seoul akhir tahun lalu.

Ibu bapa warga Korea Selatan dikenali dengan semangat pendidikan sering meletakkan tekanan terhadap pelajar untuk mendapatkan gred baik dan memasuki universiti berprestij. Graduan dari kolej elit dianggap mudah mendapatkan kejayaan dalam kerjaya dan mempunyai masa depan yang stabil.

Laporan itu dilihat sebagai petunjuk murid sekolah rendah walaupun menghabiskan sedikit masa berbanding pelajar lebih tua, tetapi terpaksa menghabiskan masa lapang mereka belajar di institusi swasta dan terbabit dengan aktiviti kurikulum.

Secara purata pelajar sekolah menengah menghabiskan masa 241.2 minit – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan