Kosmo Online - Dunia |
- Whitney disemadi di sebelah bapanya
- Katak pokok Rabbs’ fringe-limb tinggal seekor di dunia
- Karnival Samba bermula
Whitney disemadi di sebelah bapanya Posted: Whitney disemadi di sebelah bapanya
NEWARK, Amerika Syarikat (AS) – Di mata dunia, Whitney Houston adalah ratu pop bersuara sempurna, diva, bintang bermasalah akibat ketagihan dadah dan akhirnya, seorang lagi mangsa kemasyhuran. Namun, kepada keluarga dan rakan-rakannya, Houston cuma dikenali sebagai Nippy. Panggilan manja itu diberikan kepadanya sejak dari zaman kanak-kanak dan kekal sehingga dia dewasa. Bagi mereka, Houston ialah adik-beradik, rakan, anak perempuan dan juga ibu. Ketika dunia mengingati penyanyi tersebut dari jauh, mereka yang akrab dengannya berkumpul semalam dalam majlis pengebumian tertutup di Gereja Baptist New Hope di sini untuk mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir kepada mendiang. Majlis pengebumian itu diadakan seminggu selepas Houston, 48, ditemui mati di sebuah hotel Beverly Hills di California. Punca kematian Houston masih belum dikenal pasti. Rakan akrab keluarga penyanyi berkenaan, Aretha Franklin yang digelar "Makcik Ree" oleh Hosuton, dijadual membuat persembahan pada majlis tersebut bersama penyanyi Stevie Wonder dan penyanyi lagu gereja, CeCe Winans. Usahawan muzik, Clive Davis, yang melancarkan dan membimbing kerjaya Houston selama beberapa dekad, akan menyampaikan ucapan ditemani aktor Hollywood, Kevin Costner. Houston pernah berganding dengan Costner dalam filem `pecah panggung' The Bodyguard. Houston pertama kali mengungguli carta lagu AS ketika berusia 22 tahun, disusuli beberapa lagunya yang terus mencatat nombor satu di AS. Di AS sahaja, lebih 50 juta album penyanyi berkenaan telah dijual. Memiliki suara lantang, lunak dan merdu, banyak lagu Houston dianggap malar segar termasuk Saving All My Love For You, I Will Always Love You, The Greatest Love of All dan I'm Every Woman. Penyanyi yang pernah berkahwin dengan artis irama R&B, Bobby Brown itu juga pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk enam Grammy sepanjang penglibatannya dalam arena seni suara. Houston disemadikan di sebelah kubur bapanya, John Houston, di sini, negeri New Jersey semalam. – AP | ||
Katak pokok Rabbs’ fringe-limb tinggal seekor di dunia Posted: Katak pokok Rabbs' fringe-limb tinggal seekor di dunia
ATLANTA, Amerika Syarikat – Beberapa pegawai Zoo Atlanta menyatakan seekor katak daripada spesies yang dipercayai pupus di habitat rimba, terpaksa dihapuskan selepas ia jatuh sakit. Sebelum ini, Zoo Atlanta memelihara sepasang katak berkenaan yang dikenali sebagai katak pokok Rabbs' fringe-limb. Saintis-saintis percaya perkembangan tersebut menyebabkan kini terdapat cuma seekor katak berkenaan di dunia. Kelmarin, beberapa pegawai Zoo Atlanta memberitahu, seekor katak itu terpaksa dihapuskan bagi mengelakkan ia terus menderita selain mengekalkan bahan genetik amfibia berkenaan bagi tujuan penyelidikan. Spesies katak tersebut ditemui oleh kurator herpetologi Zoo Atlanta, Joseph Mendelson semasa lawatan beliau ke Panama dalam tahun 2005. Mendelson berkata, spesies berkenaan di habitat rimba pupus akibat jangkitan sejenis patogen yang dikenali sebagai kulat chytrid. – AP | ||
Posted: Karnival Samba bermulaKETUA Karnival Samba, RAJA MOMO (tengah) menunjukkan kunci bandar raya Rio de Janeiro semasa pelancaran rasmi Karnival Rio kelmarin. RIO DE JANEIRO – Festival tarian popular Brazil, Karnival Samba Rio membuka tirai dengan upacara simbolik penyerahan kunci bandar raya ini oleh Datuk Bandar Eduardo Paes kepada ketua karnival, Raja Momo kelmarin. Terkenal sebagai mitos Karnival Samba, Raja Momo pada kebiasaannya dilakonkan oleh individu berbadan besar. Pada tahun ini, seorang penari gemuk, Milton Junior diberi penghormatan untuk membawa watak tersebut. Sepanjang lima har bermula kelmarin, orang ramai membanjiri jalan-jalan raya di sini untuk sama-sama memeriahkan pesta jalanan terbesar di dunia itu. Seperti tahun-tahun sebelumnya, bandar raya ketiga terbesar di Brazil, Salvador de Bahia menerajui festival Samba. Ratusan ribu orang keluar ke jalan-jalan raya untuk meraikan festival berkenaan Khamis lalu. Namun, tumpuan global adalah pada bandar raya ini yang terkenal dengan ekstravaganza perarakan kereta berhias dan penampilan penari-penari wanita yang beraksi dalam keadaan hampir berbogel. Sebahagian besar acara tersebut disiarkan secara langsung ke seluruh dunia. Karnival Rio menjana 250,000 pekerjaan dan pendapatan lebih AS$640 juta (RM1.94 bilion) untuk hotel dan restoran di sini. Beberapa pegawai tempatan memberitahu, lebih 5 juta orang termasuk 850,000 pelancong akan memeriahkan acara berkenaaan. – AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan