Harian Metro: Global |
Posted: 18 Feb 2012 01:55 PM PST NEW JERSEY: Ibu penyanyi Whitney Houston, Cissy dan anak perempuannya, Bobbi Krsitina mengetuai ahli keluarga dan teman rapat dalam resepsi penghormatan terakhir kepada penyanyi itu di rumah pengurusan mayat Whigham di Newark, semalam. Cissy, 78, dengan linangan air mata tiba di rumah pengurusan mayat itu menyertai teman rapat dan saudara-mara untuk memberi penghormatan terakhir kepada anaknya itu.
Selain saudara-mara dan teman rapat, sejumlah besar peminat penyanyi itu turut berhimpun di luar rumah mayat berkenaan dengan kawalan ketat anggota keselamatan.
Bekas suami penyanyi itu, Bobby Brown turut menerima undangan walaupun keluarga Whitney bimbang Brown akan menuntut harta peninggalan bekas isterinya itu yang dianggarkan bernilai AS$31 juta (RM125 juta). Majlis pra-pengebumian secara tertutup selama 90 minit itu berlangsung di Gereja New Hope Baptist di New Jersey, di mana bakat nyanyian Whitney mula ditemui ketika usia remajanya. Whitney akan dikebumikan di kawasan perkuburan Fairview bersebelahan dengan bapanya, John Russel Houston yang meninggal dunia pada 2003. - DM/AFP |
Anang, Ashanty berdebar tunggu 25 Februari Posted: 18 Feb 2012 01:53 PM PST JAKARTA: Sepertimana pasangan lain yang akan berkahwin, pasangan penyanyi Anang dan Ashanty menghadapi pelbagai dugaan menjelang majlis pertunangan mereka. Menurut Ashanty, semakin dekat hari pertunangan mereka iaitu pada 25 Februari ini, semakin banyak dugaan perlu ditempuh.
"Perasaan saya sekarang bercampur aduk dan paling mengejutkan, bukan saya saja yang berdebar tetapi Anang turut menyatakan perasaan yang sama.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan