Khamis, 2 Februari 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Parlimen Mesir kecam tentera

Posted: 01 Feb 2012 01:50 PM PST

Dunia

PERDANA Menteri Kamal al-Ganzouri meninggalkan Parlimen selepas menghadiri sidang di Kaherah, semalam. - Foto EPA

PERDANA Menteri Kamal al-Ganzouri meninggalkan Parlimen selepas menghadiri sidang di Kaherah, semalam. - Foto EPA

KAHERAH: Anggota Parlimen Mesir yang baru dipilih mengecam pemerintah tentera negara itu kelmarin dan menuduh mereka tidak mempedulikan norma demokratik selain melanggar batas kuasa dengan meluluskan undang-undang termasuk satu daripadanya membabitkan peraturan pilihan raya presiden.

Parlimen yang diketuai pergerakan Islam Ikhwanul Muslimin, adalah yang pertama dipilih sejak kejatuhan Presiden Hosni Mubarak Februari tahun lalu.

Ia mahu segera mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada majlis tentera yang berkuasa selepas kejatuhan Mubarak dan kini bertanggungjawab menguruskan peralihan negara kepada pemerintahan awam. Ahli Parlimen Dr Mohammed el-Beltagy, seorang anggota Parti Kebebasan dan Keadilan Ikhwanul Muslimin, menggesa keputusan awam untuk secara sebulat suara meluluskan undang-undang pilihan raya bagi mengelak ketidakadilan dan berkata parlimen perlu menjelaskan bahawa ia adalah kuasa tunggal perundangan negara itu.
"Biarlah ia menjadi mesej jelas kepada jalanan Mesir bahawa parlimen menjadi satu-satunya pihak berkuasa perundangan yang tidak dicabar," kata el-Beltagy kepada parlimen.

Beliau juga meminta parlimen mengkaji semula undang-undang dan meminda atau menolaknya mengikut kesesuaian.

Undang-undang yang dipersoalkan, dikeluarkan Majlis Agung Pasukan Bersenjata yang memerintah, menetapkan peraturan untuk pilihan raya presiden yang dijangka diadakan hujung tahun ini.
Pemerintah tentera menyiarkannya dalam akhbar rasmi Gazette pada 19 Januari lalu, beberapa hari sebelum parlimen bersidang.

Dalam sesi bekerja pertama parlimen, pembuat dasar juga berpeluang menyoal perdana menteri dilantik tentera negara itu mengenai bagaimana kerajaannya menguruskan sejumlah isu sensitif.

Antara perkara itu termasuk perbicaraan bekas pegawai rejim termasuk Mubarak dan pegawai keselamatan atasan didakwa dengan pembunuhan beratus penunjuk perasaan ketika pemberontakan popular tahun lalu. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Anak Gaddafi tawar selesai kes Seif al-Islam

Posted: 01 Feb 2012 01:49 PM PST

Dunia

THE HAGUE: Anak perempuan Muammar Gaddafi, Aisha, menawarkan untuk membantu hakim Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dalam kes terhadap abangnya, Seif al-Islam.

ICC menuduh Seif melakukan jenayah kemanusiaan atas dakwaan terbabit dalam tindakan ganas terhadap penunjuk perasaan anti Gaddafi awal tahun lalu sebelum bapanya yang memerintah 42 tahun, ditahan dan ditembak mati.

Pada masa sama, ICC belum menerima Seif yang masih ditahan di Libya sejak ditangkap penentang bapanya di satu kawasan padang pasir pada November lalu. Pemerintah baru Libya berkata, mereka mahu membicarakan anak lelaki Gaddafi itu tetapi perlu meyakinkan ICC bahawa dia akan mendapat perbicaraan adil sama seperti di ICC.

Aisha mengemukakan permintaan itu menerusi peguamnya, Nick Kaufman untuk bertindak sebagai 'sahabat mahkamah' dengan memberi maklumat kukuh bagi membantu hakim memutuskan langkah selanjutnya.

"Maklumat itu akan membantu hakim ICC memutuskan sama ada pihak berkuasa Libya benar-benar mahu membicarakan Seif dengan adil serta membenarkan diwakili peguam," kata Aisha.

Aisha berkata, dia mahu memberi maklumat mengenai cubaannya menghubungi Seif dan dua panggilan telefon kepada timbalan pendakwa raya Libya.
"Berdasarkan perbualan saya dengan mereka, boleh disimpulkan bahawa pihak berkuasa Libya yang menyiasat dan menghukum Seif sebenarnya tidak mahu berurusan dengan wakil perundangan antarabangsa," kata fail Aisha.

ICC meminta Libya memberi akses kepada Seif dan butir penahanannya. Pihak berkuasa Libya juga mengemukakan fail bagi membalas langkah Aisha pada 23 Januari lalu.

Seif dikenakan dakwaan bersama bapanya dan ketua perisikan Libya era Gaddafi, Abdullah al-Senoussi. Kes Gaddafi kemudian ditutup manakala tiada siapa tahu di mana Al-Senoussi. – AP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan