Rabu, 25 Januari 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


10 tahun dikurung dalam bilik mandi

Posted: 24 Jan 2012 07:15 AM PST

RAMALLAH: Seorang wanita Palestin berusia 21 tahun memberitahu, dia dikurung bapanya dalam bilik mandi sejak sedekad lalu dan hanya dibebaskan pada awal pagi untuk membersih rumah.

Menurut Baraa Melhem, bapanya sentiasa mengajarnya supaya menganggap orang lain sebagai penjahat.


Menurut pekerja sosial yang menguruskan kes itu, Hala Shreim, Baraa diselamatkan polis Palestin dari bilik mandi sempit itu di Qalqilya, Tebing Barat, kelmarin "Polis bertindak selepas menerima maklumat daripada seseorang yang tidak dikenali," katanya.

Sementara itu, polis berkata, bapa Baraa - yang memiliki kewarganegaraan Israel - ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa negara itu.


Jurucakap polis Israel berkata, lelaki terbabit dijadual dihadapkan ke mahkamah hari ini.


Ketika diwawancara stesen radio Voice of Palestine, Baraa berkata, dia berusia 11 tahun apabila mula dikurung bapanya di dalam tandas.

Baraa juga dilarang ke sekolah atau bertemu ibunya yang diceraikan bapanya sebelum itu.


"Bapa mencukur kepala dan bulu kening saya.

"Dia hanya membenarkan saya mandi sekali sebulan," katanya.


Hala berkata, Baraa sering dipukul dengan belantan dan wayar, selain hanya diberi satu selimut untuk memanaskan badan.


"Bilik mandi itu hanya seluas satu setengah meter dan ia kelihatan seperti bilik kurungan," katanya.


Menurut Hala, Baraa hanya dibenarkan keluar dari bilik mandi itu pada jam 1 pagi hingga 4 pagi untuk mencuci rumah.


Dia juga, kata Hala, selalu menggalakkan Baraa membunuh diri.


"Satu-satunya hubungan Baraa dengan dunia luar adalah radio," katanya.


Kenyataan polis Palestin berkata, bapa Baraa mengaku mengurung anaknya atas alasan "masalah keluarga." Dia juga mengaku memberi Baraa hanya roti sebagai makanan utama. - Reuters



Full content generated by Get Full RSS.

Belia India kian bosan media sosial

Posted: 24 Jan 2012 07:12 AM PST

NEW DELHI: Belia bandar India kini mengalami "kelesuan" media sosial yang mendorong sesetengah mereka memadamkan akaun Facebook dan laman sesawang lain.

Kajian Dewan Bersekutu Perdagangan dan Industri India (ASSOCHAM) mendapati, golongan belia negara itu mula mendapati media sosial membosankan, mengelirukan, mengecewakan dan membuang masa.


"Justeru, mereka mula mengalami kelesuan media sosial dan semakin kurang memasuki akaun masing-masing seperti di Facebook, Google+, Twitter dan Orkut, " kata laporan berkenaan.

Kajian itu membabitkan 2,000 belia berusia 12 hingga 25 tahun di 10 bandar raya.


Ekoran "kelesuan" itu, golongan muda India kini lebih gemar menggunakan aplikasi telefon bimbit seperti Blackberry Messenger, WhatsApp, Nimbuzz, atau Google Talk yang membolehkan mereka berborak dengan rakan masing-masing. Kira-kira 55 peratus responden berkata, mereka sengaja mengurangkan masa untuk melayari media sosial berkenaan.


Lebih separuh daripada 55 peratus itu juga mengaku mereka sebenarnya tidak lagi mengaktifkan akaun masing-masing atau memadamkannya secara langsung. - AFP



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan