Berita Harian: Dunia |
Mesir rai revolusi anti-Mubarak Posted: 25 Jan 2012 01:04 PM PST Dunia GAMBAR lensa sudut luas menunjukkan kebanjiran penduduk Mesir di Dataran Tahrir semalam, bagi menyambut ulang tahun pertama kebangkitan yang menjatuhkan Mubarak. KAHERAH: Rakyat Mesir semalam, meraikan ulang tahun pertama kebangkitan menumbangkan pemerintahan Presiden Hosni Mubarak dengan tentera merancang sambutan perayaan besar-besaran manakala aktivis berikrar menghidupkan semula revolusi yang masih belum selesai. Genap setahun, diilhamkan oleh kebangkitan rakyat di Tunisia, penduduk Mesir mengadakan bantahan di jalan raya mendesak perubahan demokrasi dan menuntut penyingkiran Mubarak.Kita mesti adakan perhimpunan hari ini, bukan untuk meraikan revolusi yang tidak mencapai sasaran tetapi menunjukkan secara aman azam kita untuk mencapai matlamat revolusi. - Alaa al-Aswani, Novelis Kelmarin, pemerintah tentera Mesir, Marshal Hussein Tantawi mengumumkan penarikan undang-undang darurat selama beberapa dekad di negara itu, dalam usaha melembutkan penunjuk perasaan yang merancang bantahan besar-besaran di Kaherah semalam."Saya membuat keputusan menamatkan perintah darurat, di seluruh negara, kecuali dalam memerangi tindakan samseng, bermula pada pagi 25 Januari 2012," kata Tantawi dalam ucapan yang disiarkan menerusi televisyen. Bagaimanapun, aktivis mendakwa tindakan itu sekadar untuk mengaburi mata, mengecam penggunaan perkataan samseng sebagai cara untuk mengekalkan kuasa polis membuat tangkapan menurut undang-undang itu. "Bagi semua tujuan, perintah darurat tidak ditarik balik," kata Pengarah Inisiatif bagi Hak Individu Mesir (EIPR), Hossam Bahgat. Tarikh 25 Januari yang pernah menjadi Hari Polis secara rasmi kini diisytiharkan sebagai Hari Revolusi oleh Majlis Agung Pasukan Bersenjata (SCAF), yang mengambil alih kuasa apabila Mubarak meletak jawatan Februari lalu. Terdesak memulihkan imej selepas tuduhan melanggar hak, tentera merancang perayaan besar-besaran dengan perarakan tentera laut di bandar raya Iskandariah, pertunjukan udara di Kaherah dan pertunjukan bunga api di seluruh negara. SCAF juga mengeluarkan syiling khas untuk majlis itu dan dijangka memberi penghormatan kepada kakitangan awam. Ia menggesa semua rakyat supaya memelihara semangat 25 Januari, yang menyatukan semua penduduk, lelaki dan wanita, muda dan tua, Islam dan Kristian. Namun, aktivis berkata revolusi dicemari oleh Tantawi yang juga Menteri Pertahanan ketika pemerintahan Mubarak. "Kita mesti adakan perhimpunan hari ini, bukan untuk meraikan revolusi yang tidak mencapai sasaran tetapi menunjukkan secara aman azam kita untuk mencapai matlamat revolusi. "Matlamat itu ialah hidup bermaruah, membawa keadilan, membicarakan pembunuh dan mencapai keadilan sosial yang minimum," tulis novelis terkenal dan aktivis prodemokrasi, Alaa al-Aswani, dalam akhbar al-Masry al-Youm. Penunjuk perasaan mahu Tantawi dan pemerintah tentera lain meletak jawatan dengan segera dan tidak terbabit dalam draf Perlembagaan baru kerana bimbang mereka menjadikan kuasa tentera berkekalan dalam piagam itu. – AFP |
Posted: 25 Jan 2012 01:01 PM PST Dunia WASHINGTON: Penggodam internet yang terkenal menggunakan nama Anonymous, mengumumkan pelan untuk melancarkan serangan ke atas rangkaian sosial popular, Facebook, pada Sabtu minggu ini.Kumpulan berkenaan menyiarkan video di laman YouTube mengumumkan rancangan itu. "Perang online sudah bermula antara Anonymous, orang ramai dan kerajaan Amerika Syarikat," menurut video berkenaan. Laporan CBS News menyebut, pengumuman dibuat menggunakan akaun YouTube, AnonymousVoice777.Ancaman terbaru kumpulan berkenaan menyerang Facebook bukanlah yang pertama. Tahun lalu, kumpulan itu berikrar 'membunuh Facebook pada Hari Guy Fawkes, iaitu pada 5 November. Setakat ini, tiada apa yang berlaku. Menurut laporan, penggodam berkenaan meminta orang ramai membantu mereka menyerang Facebook hujung minggu ini, menyatakan mereka tidak akan berdepan masalah jika turut sama dalam rancangan itu. – Agensi |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan