Harian Metro: Global |
Posted: 22 Jan 2012 08:38 AM PST DORSET: Seorang lelaki cuba meletupkan kediaman isterinya semalam selepas merempuhnya dengan lori tangki minyak. Christine Billington, 53, melarikan diri dalam ketakutan ketika suaminya, Hugh Billington, 51, merempuh lori berisi beribu-ribu gelen parafin dua kali terhadap banglo berkenaan sebelum membakar pintu depannya.
Ekoran kejadian itu, pekerja penghantar bekalan minyak, Billington ditangkap atas tuduhan cuba membunuh.
Christine yang menguruskan perniagaan merapikan anjing, dipercayai berpisah dengan suaminya baru-baru ini dan banglo dua bilik mereka di Wool, Dorset, diiklankan untuk dijual.
Seorang saksi berkata: "Christine datang ke rumahnya sambil menangis. Suaminya memberitahunya: 'Jika saya tidak dapat anda, tidak ada orang lain yang akan dapat.'" Polis berkata: "Jika lori itu meletup, tidak ada siapa akan selamat." - DM Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 22 Jan 2012 08:37 AM PST LOS ANGELES: Supermodel, Heidi Klum semalam dilapor akan memfailkan tuntutan cerai daripada penyanyi Seal, enam tahun selepas mereka berkahwin. Menurut laman web hiburan, TMZ, dokumen tuntutan cerai itu akan difailkan di Mahkamah Agung Los Angeles awal minggu depan.
Rabu lalu, Seal, penyanyi R&B yang dilahirkan di London, menulis dalam laman Twitternya: 'Sudah berakhir.' Seal, yang antara lagu popularnya, Kiss from a Rose, melamar Heidi dalam iglu yang dibinanya di glasier di Kanada pada Disember 2004.
Heidi dan Seal terkenal kerana membaharui ikrar perkahwinan mereka setiap tahun dalam majlis yang diadakan secara besar-besaran. Laporan mengenai perceraian mereka sudah pasti mengejutkan peminat. - DM Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan