Jumaat, 6 Januari 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Lady Gaga mandi darah

Posted: 05 Jan 2012 09:29 AM PST

LONDON: Sejak sekian lama dikenali dengan perangai pelik, rupa-rupanya ada lagi kejutan lebih besar Lady Gaga untuk peminatnya.

Terbaru, penyanyi Bad Romance itu didakwa menginap di bilik hotel di London dengan tab mandinya berlumuran darah.


Khabar angin mula terbesar luar di Internet dengan mendakwa penyanyi yang gemar berpakaian aneh itu mula melakukan ritual sihir.

Difahamkan, Lady Gaga, 25, mengambil jalan itu sebagai langkah menjaga keselamatannya daripada gangguan hantu.


Sementara itu, sumber berkata, kakitangan Hotel Intercontinental di London terkejut apabila mendapati tab mandi di bilik sewaan Lady Gaga dipenuhi darah.


Penemuan itu, kata sumber berkenaan, terdedah ketika kakitangan hotel berkenaan mengemas bilik Lady Gaga.

"Bagaimanapun, cecair merah yang didakwa darah itu belum dikenal pasti," katanya.


Seorang kakitangan hotel mewah itu mendakwa, Lady Gaga "mandi darah" sebagai sebahagian daripada ritual ilmu hitamnya.

Menurut pekerja itu, Lady Gaga meninggalkan sejumlah besar darah ketika menginap di hotel berkenaan musim panas lalu.


"Insiden itu dimaklumkan kepada pekerja berkenaan dan dinasihatkan supaya jangan mengungkitnya lagi," katanya.


Sementara itu, sumber berkata, Lady Gaga dipercayai takut diganggu roh jahat.


Ketakutan itu mendorong penyanyi terbabit menggunakan khidmat penyiasat paranormal untuk memeriksa setiap bilik yang bakal dihuninya.


"Dia membelanjakan 30,000 (RM146,110) untuk membeli meter pengesan medan elektromagnet sebagai langkah keselamatan," katanya. - DM



Full content generated by Get Full RSS.

Budak autisme parah muka dihempap televisyen

Posted: 05 Jan 2012 09:26 AM PST

LOUISVILLE (Kentucky): Seorang budak lelaki berusia empat tahun nyaris maut selepas sebuah televisyen seberat lebih 45 kilogram terjatuh dari almari pakaian dan menghempap mukanya, lapor media, semalam.

Sarah Durham berkata, anaknya, Cole, menonton televisyen dalam bilik tidur pada 22 Disember lalu.


Menurut Sarah, disebabkan Cole mengalami autisme dan sawan, dia dan suaminya, Travis, sentiasa memerhatikan budak terbabit.

"Ketika berada di tandas, saya ternampak Cole bermain dengan laci almari itu.


"Melihat keadaan itu, saya cuba mendapatkannya apabila televisyen 41 inci itu terjatuh dan menimpa mukanya," katanya.


Cole dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan dan diletakkan di unit kawalan rapi.

Doktor berkata, hampir semua tulang mula Cole patah. - DM



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan