Berita Harian: Dunia |
9 warga Indonesia terlepas hukum mati Posted: 06 Jan 2012 02:41 PM PST Dunia Kedutaan di Arab Saudi sediakan penterjemah, peguam bantu rakyat bersalah kes jenayahJAKARTA: Kedutaan Indonesia di Arab Saudi berkata ia berjaya menyelamatkan sembilan daripada 15 warganya yang dihukum mati di negara Islam itu. "Daripada 15 kes rakyat Indonesia yang menerima hukuman mati, sembilan daripadanya berjaya diselamatkan kedutaan Indonesia di Riyadh pada 2011," kata agensi berita Antara memetik satu kenyataan kedutaan yang diterimanya dari Riyadh, kelmarin. Kenyataan itu berkata proses perbicaraan untuk enam lain masih belum berakhir dan kedutaan menawarkan bantuan berterusan, termasuk menyediakan penterjemah dan peguam.Kenyataan itu menyebut sebahagian daripada sembilan orang yang menerima pembatalan hukuman sudah pulang ke tanah air. Mereka termasuk Darsem Daud Tawar, yang dituduh membunuh anak lelaki majikannya, tetapi sudah mendapatkan pengampunan dari keluarga itu dan kembali ke Indonesia Julai lalu. Bayanah Banhawi, yang didapati bersalah membunuh anak majikannya berusia empat tahun, mendapat penukaran hukuman mati kepada penjara kerana cuai sehingga mengakibatkan kematian. Dia sejak itu dibebaskan dan kembali ke Indonesia Disember lalu. Neneng Sunengsih Mamih, yang juga didapati bersalah membunuh bayi majikannya, kemudian dilepas dan dibebaskan. Neneng masih berada di bangunan kedutaan di Riyadh, menunggu kepulangannya ke Indonesia hujung bulan ini.
Sumartini Manaungi Galisung dan Warnah Warta Niing yang turut dihukum mati kerana menggunakan sihir juga ditukar kepada hukuman penjara. Dua lagi amah Indonesia, Milan Nuryani dan Yumanaha Nagabiyu, dijatuhi hukuman mati dengan rejam kerana berzina namun ditukar kepada hukuman penjara. Kenyataan kedutaan berkata untuk menyediakan bantuan perundangan kepada warga Indonesia bermasalah dengan undang-undang di Arab Saudi, kedutaan di Riyadh dan konsulat besar di Jeddah bekerjasama dengan peguam tempatan. Pada 13 Disember lalu, kedutaan menandatangani satu kontrak dengan seorang peguam tempatan, Abdullah Abdurrahman Al Muhaemeed, sementara konsulat besar di Jeddah dijangka menandatangani satu kontrak tidak lama lagi dengan peguam tempatan, Khuddran Mufsir Al Zahrani. Kedutaan berkata, ia juga secara kerap menerbitkan Warta Indonesia, majalah yang membantu menyebarkan maklumat di kalangan warganya yang tinggal dan bekerja di Arab Saudi mengenai risiko perundangan yang dihadapi mereka jika terbabit dalam jenayah atau pelanggaran undang-undang di negara itu. – Agensi |
Enam terbunuh kena tembak di Narathiwat Posted: 06 Jan 2012 02:40 PM PST Dunia NARATHIWAT: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam beberapa kejadian tembakan berasingan di wilayah bergolak di selatan Thailand yang bersempadan dengan Malaysia, semalam.Ketua balai polis tempatan, Kolonel Satanpah Wamasingha berkata, dalam kejadian pertama, lebih 30 orang disyaki pemisah, menyerang sebuah kem polis di Narathiwat dan menembak mati dua pegawai. "Kumpulan pemisah menyerbu asrama pada awal pagi ketika pegawai berkenaan masih tidur. Mereka juga mencuri laras senapang dan peluru. Tiga lagi pegawai cedera dalam serangan itu. "Mereka merancang serangan ini dengan rapi sebagai membalas dendam kejayaan polis menyerbu dan memusnahkan dua gudang senjata mereka Disember lalu," katanya.Di wilayah sama awal pagi semalam, kumpulan lelaki bersenjata menembak mati seorang lelaki dan mencederakan isterinya ketika mereka menaiki trak di bandar Sungai Kolok. Di Pattani, dua lelaki terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam dua kejadian tembakan dari kenderaan awal tengah hari semalam. Awal kelmarin, seorang penduduk kampung ditembak mati ketika dalam perjalanan pulang ke rumah daripada bekerja di sebuah ladang getah di Yala.
Penduduk di wilayah itu yang majoritinya beragama Islam mendakwa, mereka kerap menjadi mangsa diskriminasi dan tindakan keras pihak berkuasa, termasuk dakwaan penganiayaan oleh pasukan tentera. – AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan