Ahad, 29 Januari 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Arab gantung misi pemerhati

Posted: 29 Jan 2012 12:46 PM PST

Dunia

DELEGASI pemerhati Liga Arab melawat seorang penduduk awam yang cedera dalam tunjuk perasaan menentang pentadbiran Bashar, di Damsyik, semalam. - Foto AP

DELEGASI pemerhati Liga Arab melawat seorang penduduk awam yang cedera dalam tunjuk perasaan menentang pentadbiran Bashar, di Damsyik, semalam. - Foto AP

DAMSYIK: Liga Arab menggantung misi pemerhati di Syria kelmarin, pada masa sama pertumpahan darah dalam tindakan bantahan antirejim yang tercetus dan jumlah kematian dalam tempoh empat hari meningkat kepada 212 orang sejak Selasa.

Pengumuman dibuat sebaik kumpulan pembangkang daripada Majlis Kebangsaan Syria (SNC) berkata, pemimpinnya akan ke New York untuk mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menuntut perlindungan daripada tindakan keras rejim Presiden Bashar Assad.

Lawatan Ketua SNC, Burhan Ghaliun di tengah-tengah tawaran baru oleh negara Arab dan Eropah bagi tindakan PBB itu bagaimanapun ditentang Russia yang juga sekutu kuat rejim Bashar Assad. Ketua Liga Arab, Nabil al-Arabi, berkata keputusan menggantung misi pemerhati itu dibuat selepas siri rundingan Menteri Luar Arab berikutan peningkatan keganasan yang mangsanya adalah orang awam.

Beliau berkata, ia dibuat selepas Kerajaan Syria memilih melaksanakan keganasan lebih hebat yang meningkatkan jumlah mangsa.

Ketua misi pemerhati, Jeneral Mohammed Ahmed Mustafa al-Dabi, berkata pergolakan berlaku dengan lebih ketara sejak Selasa terutama di bandar besar seperti Homs dan Hama serta di wilayah utara, Idlib.

Di Moscow, Russia semalam mengecam keputusan menggantung misi pemerhati Liga Arab di Syria selepas pertumpahan darah terhadap penentang antikerajaan.
"Kami mahu tahu mengapa mereka melayan kumpulan penting seumpama ini," kata Menteri Luar, Sergei Lavrov dalam lawatan ke Brunei, yang dipetik agensi berita Russian, ITAR-TASS.

"Saya menyokong jumlah pemerhati yang lebih ramai. Kami terkejut dengan keputusan diambil misi pemerhati untuk bulan lain, sesetengah negara, terutama negara Teluk Parsi memanggil pulang pemerhati dari misi," kata Lavrov.

Laporan yang dikemukakan Pemerhati Hak Asasi Syria menyatakan seramai 212 orang, kebanyakannya orang awam terbunuh sejak Selasa.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang maut di negara itu sejak pemberontakan bermula pertengahan Mac tahun lalu, meningkat kepada 5,400 orang. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Presiden Yaman berubat di AS

Posted: 29 Jan 2012 12:44 PM PST

Dunia

NEW YORK: Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh, yang dijangka melepaskan jawatan bulan depan, tiba di Amerika Syarikat kelmarin dalam lawatan untuk mendapatkan rawatan perubatan bagi kecederaan akibat terkena bom sebelum ini.

Pesawat yang membawa pemimpin itu berlepas dari Oman untuk ke Amerika Syarikat, singgah di Lapangan Terbang Stansted London untuk mengisi petrol mengakhiri spekulasi sama ada beliau akan melakukan lawatan itu.

"Presiden Saleh tiba petang ini di Amerika untuk lawatan singkat bagi menjalani rawatan," kata jurucakap Kedutaan Yaman di Washington, Mohammed Albasha dalam satu kenyataan. Dalam perjalanan yang dianggap rahsia itu, tiada pengesahan di mana lokasi ketibaan Saleh.

Sumber British memberitahu AFP bahawa Saleh dalam perjalanan ke New York dan pesawat membawanya singgah di London untuk mengisi minyak.

Namun, walaupun media melaporkan bahawa Saleh akan dirawat di Hospital Presbyterian New York, jurucakap hospital itu, Kathy Robinson, memberitahu AFP: "Presiden ketika ini bukanlah pesakit,"

Selain menyediakan Saleh peluang untuk mendapatkan bantuan perubatan, pemergiannya di Amerika dilihat sebagai membantu memudahkan peralihan kuasa di negara itu daripada tiga dekad pemerintahannya.
Selepas beberapa bulan penentangan berdarah di Yaman, Saleh akhirnya menandatangani perjanjian peralihan kuasa pada November.

Di London, jurucakap Pejabat Luar Negara mengalu-alukan kedatangan pemimpin Yaman itu.

"Pada masa pergolakan dan di Yaman dan ancaman yang semakin meningkat, kita melihat ia membantu Presiden Saleh keluar dari negara itu menjelang pilihan raya presiden sementara pada Februari," jurucakap British.

Saleh cedera parah dalam satu pengeboman di istana presiden di ibu negara Sanaa Jun lalu dan dihantar ke Arab Saudi untuk dirawat.

Beliau berada di Oman sejak Ahad lalu bersama isteri dan lima anaknya.
Awal minggu ini, laporan menyatakan beliau sudah meninggalkan negara itu tetapi ia tidak benar.

Pemerhati hak kemanusiaan mengutuk keputusan membenarkan Saleh memasuki Amerika.

"Sungguh mengerikan, Presiden Saleh tiba di Amerika untuk menerima rawatan kelas pertama, pada masa sama ratusan mangsa di Yaman dibiarkan tanpa rawatan perubatan dan pasti tiada keadilan bagi kekejaman dialami.

"Pentadbiran Presiden Barack Obama mesti menegaskan mereka yang bertanggungjawab bagi kekejaman di Yaman akan dibawa ke kandang tertuduh," kata aktivis Majlis Keadilan Antarabangsa Balkees Jarrah.

Duta Amerika ke Yaman, Gerald Feierstein, berkata Saleh diberikan visa atas alasan perubatan semata-mata.

"Kami rasa ketiadaannya akan membantu peralihan, kami fikir ia akan membantu atmosfera," katanya.

Saleh dijadualkan ke New York bagi rawatan akhir tahun lalu. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan