Berita Harian: Dunia |
Posted: 22 Jan 2012 11:12 AM PST Dunia Cadangan disiar akhbar Yahudi, Presiden AS didakwa amal dasar anti IsraelATLANTA: Israel perlu menghantar ejen Mossad untuk membunuh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kerana mengamalkan dasar anti Israel, kata pemilik sebuah akhbar Yahudi Amerika, kelmarin. Penerbit akhbar The Atlanta Jewish Times, Andrew Adler dalam kolumnya di akhbar itu pada 13 Januari lalu memberi alasan tindakan itu wajar kerana Obama mengancam negara Yahudi itu. "Beri arahan bunuh presiden Amerika supaya Israel terus wujud jika beliau mengambil tindakan demi kepentingan Israel," kata Adler.Malah, dia juga percaya idea itu walaupun sukar difahami, tentu sudah dibincangkan pemimpin tertinggi Israel. "Sejauh mana anda sanggup bertindak untuk menyelamatkan tujuh juta nyawa Yahudi, Kristian dan Arab? Anda perlu yakin, seperti juga saya sendiri bahawa setiap tindakan perlu dipertimbangkan," kata Adler lagi. Berita mengenai gesaan Adler itu dimuatnaik ke internet oleh laman web Gawker dan segera mendapat tumpuan media Amerika dan antarabangsa. Adler kemudian menyuarakan rasa kesal selepas menerima banyak kecaman. Adler juga memberitahu Gawker bahawa dia menyiarkan pandangan itu untuk melihat reaksi pembaca tetapi tidak sama sekali menyokong tindakan terhadap Obama atau mengetahui sekiranya Israel menimbangkannya. – Agensi |
Gingrich kalahkan Romney di Carolina Selatan Posted: 22 Jan 2012 11:10 AM PST Dunia GINGRICH (kiri) berucap di hadapan penyokongnya di Columbia, Carolina Selatan, kelmarin, sambil diiringi isterinya, Callista Gingrich. Bekas speaker dewan perwakilan itu, berulang kali diisytiharkan sudah tiada pengaruh dari segi politik sejak beberapa tahun lalu, muncul kelmarin dalam satu kejayaan mengejutkan menjadi pendahulu bagi menentang Presiden Demokratik, Barack Obama dalam pilihan raya 6 November depan. Dengan 100 peratus kawasan pemilihan sudah dikira, Gingrich menarik 40.4 peratus undian, berbanding 27.9 peratus untuk Romney. Gingrich dengan megah menyingkirkan Romney, sekali gus memberi pengajaran kepada rakyat Amerika yang beranggapan golongan elit di Washington dan New York tiada pemahaman, tidak peduli, tidak prihatin, tiada kebolehpercayaan dan pada hakikatnya tidak mewakili mereka.Keputusan itu memusnahkan aura kekebalan yang melingkari Romney, bekas gabenor Massachusetts dengan jangkaan beliau akan kalah dalam pertandingan seterusnya di Florida 31 Januari ini. "Kami perlu mencipta dan mengekalkan kejayaan ini dengan pergi ke Florida. "Saya amat memerlukan bantuan anda semua," kata Gingrich ketika berucap dihadapan penyokongnya sambil meminta mereka membantunya merapatkan jurang pengumpulan dana yang memisahkannya daripada Romney.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan