Sabtu, 3 Disember 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Gesa tindakan ke atas Syria

Posted:

Gesa tindakan ke atas Syria

Gesa tindakan ke atas Syria


PARA penyokong Presiden Bashar al-Assad berpakaian tentera semasa membantah sekatan ekonomi Barat terhadap Syria di Damascus, kelmarin. - AFP


GENEVA 3 Dis. - Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan tegas ke atas Syria dan mengecam 'peningkatan keganasan' di negara itu selepas bukti menunjukkan tentera rejim membunuh dan mendera penentang rejim.

Anggota majlis itu turut bersetuju dalam satu undian untuk melantik penyiasat khas dan merujuk laporan pencabulan hak asasi oleh Syria itu kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon.

Mesyuarat tergempar itu diadakan selepas Suruhanjaya Inkuiri ke atas Syria yang dilantik oleh majlis itu awal tahun ini mendapati tentera negara itu melakukan jenayah kemanusiaan, termasuk membunuh 307 kanak-kanak sejak melancarkan tindakan keras pada Mac lalu.

Majlis itu turut meluluskan satu resolusi yang 'mengecam dengan kuat keganasan yang terus merebak dan asas kebebasan yang dipegang oleh pihak berkuasa Syria'.

Menurut Kesatuan Eropah (EU), undian itu memberi satu mesej kuat kepada rejim Presiden Bashar al-Assad untuk menghentikan keganasan, tetapi Rusia yang merupakan sekutu rapat Syria menolak dan menyifatkannya sebagai 'tidak boleh diterima'.

Resolusi mencadangkan kepada badan-badan utama PBB untuk mempertimbangkan laporan itu walaupun tidak dengan jelas merujuk kepada Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan PBB, badan paling berkuasa dalam pertubuhan dunia itu.

Menurut kumpulan-kumpulan hak asasi itu, setakat ini tindakan yang diambil ke atas Syria belum mencukupi dan mahu krisis itu dirujuk kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Pesuruhjaya Tinggi bagi Hak Asasi Manusia, Navi Pillay turut memberi cadangan sama dan memberi amaran 'penindasan kejam' akan membawa Syria kepada perang saudara.

Pillay berkata, lebih 4,000 orang terbunuh dalam tindakan keras sejak mac lalu dan berpuluh-puluh ribu lagi ditahan. Sekurang-kurangnya 12,400 orang pula dilaporkan meninggalkan negara itu. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Robot sasaran latihan menembak tentera AS berwajah Arab

Posted:

Robot sasaran latihan menembak tentera AS berwajah Arab

Robot sasaran latihan menembak tentera AS berwajah Arab


ROBOT-ROBOT berwajah Arab atau pengganas yang dijadikan sasaran di pusat latihan menembak tentera Marin Amerika Syarikat, termasuk kain biru yang mewakili wanita berjilbab. - AGENSI


VIRGINIA 3 Dis. - Tentera Marin Amerika Syarikat (AS) mereka bentuk latihan menembak menggunakan peluru hidup dengan sasaran robot yang berwajah seperti orang Arab.

Direka oleh firma Marathon Targets yang beribu pejabat di Australia, robot tersebut telah pun diuji oleh tentera Marin AS dan diluluskan oleh ketua-ketua tentera dan pasukan pertama kini telah pun dihantar ke pangkalan di Quantico, Virginia yang melibatkan kos bernilai AU$57 juta (RM182 juta).

Robot itu menyediakan tahap realiti latihan menembak paling menakjubkan, contohnya, apabila satu daripada robot itu 'terbunuh', robot yang lainnya akan bertempiaran mencari perlindungan.

Ketua Pegawai Eksekutif Marathon Targets, Dr. Alex Brooks berkata, robot sasaran pintar itu boleh melaksanakan senario kompleks yang dirancang dan mampu bergerak tanpa diduga di dalam dan di luar penglihatan pelatih.

Robot sasaran pintar itu turut mampu bekerja dalam pasukan, bergerak bebas di seluruh kawasan sasaran dan pasukan elit sendiri mengakui ia dapat memperbaiki kemahiran menembak mereka dan keberkesanan serangan. - AGENSI

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan