Sabtu, 3 Disember 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Aligator jadi teman mainan

Posted: 02 Dec 2011 08:51 AM PST

SYDNEY: Jurulatih reptilia, Stuart Parker mempunyai rakan sekerja yang boleh membaham hingga putus lengan anda.

Bagaimanapun, pakar hidupan liar itu tidak mempunyai masalah untuk berada rapat dengan Nelson si aligator, malah bertegas menyatakan, ia selamat untuk berada hampir dengan haiwan itu.

Reptilia berkenaan berukuran tiga meter panjang dan berat hampir 120 kilogram.

Namun Stuart berkata: "Anda boleh bekerja rapat dengan aligator kerana tabiat semula jadi mereka yang 'lembut'.


"Malah, mereka akan membenarkan anda menggosok dagu mereka."


Parker melatih haiwan itu supaya bertoleransi dengan manusia di tempat pemeliharaannya untuk membolehkan pemeriksaan kesihatan dilakukan dengan mudah.

"Ini bermakna kami tidak perlu mengeringkan keseluruhan kolam untuk membersihkannya dan mengalihkan aligator itu dari tempat kurungannya. Ia akan membuat haiwan itu stres," kata Stuart.

Dan meskipun dia suka untuk bergusti dengan Nelson, Parker berkata, dia tidak pernah selesa untuk bergurau dengan buaya.

"Nelson si aligator hanya berat 120 kilogram berbanding buaya air masin kami terbesar kami seberat 295 kilogram.

"Aligator tidak mempunyai kekuatan tekanan rahang seperti buaya.

"Bagaimanapun, ada perbezaannya jika anda dibaham oleh kedua-dua jenis haiwan itu," kata Parker.

Cinta aktivis hidupan liar itu terhadap aligator bermula ketika dia berusia enam tahun dan digigit oleh seekor daripadanya.

Dia bernasib baik kerana kot dan pakaiannya yang tebal menyelamatkannya daripada mengalami kecederaan teruk. Sejak itu, dia tertarik dengan reptilia berkenaan.

Peminat reptilia itu kini menguruskan Taman Hidupan Liar Ballarat di Australia yang diasaskan oleh datuk dan neneknya. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Lengan kudung seperti kepala ikan lumba-lumba

Posted: 02 Dec 2011 08:47 AM PST

SOFIA: Lengan kudung seorang lelaki diubah menjadi kepala ikan lumba-lumba oleh seorang pelukis tatu.

Lelaki berkenaan kehilangan lengannya akibat kemalangan.


Heine Braeck, 33, bosan dengan keadaan lengannya yang kudung sejak mengalami kemalangan di landasan kereta api ketika zaman kanak-kanak. Kerana ia kelihatan hampir sama dengan kepala ikan lumba-lumba, lelaki berasal dari Sarpsborg, Norway itu meminta pelukis tatu Bulgaria, Valio Ska membuat tatu 3D kepala ikan berkenaan. Hasilnya, sungguh luar biasa.

Ska yang menguruskan syarikat melukis tatu, 'Sofia Ink' di Bulgaria, mengambil masa tiga setengah jam untuk menyiapkan tugas rumit itu.


"Saya kehilangan lengan ketika berusia 13 tahun akibat tindakan untuk mengambil jalan pintas di atas sebuah kereta api barangan yang bergerak.


Saya hilang keseimbangan badan dan terpaksa berpaut pada wayar yang membekalkan tenaga kepada kereta api itu. Ia menyebabkan lengan saya rentung. "Saya dapati lengan yang dipotong oleh doktor itu kelihatan seperti kepala ikan lumba-lumba. "Saya akhirnya mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu padanya dan menghubungi Ska untuk melukis tatu pada lengan yang kudung itu. "Rakan saya kata ia cantik dan saya sukakannya. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan