Rabu, 21 Disember 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Mayat Kim Jong-il dipamer

Posted:

Mayat Kim Jong-il dipamer

Mayat Kim Jong-il dipamer

MAYAT Kim Jong-il dipamerkan di Istana Memorial Kumsusan di Pyongyang semalam.


SEOUL, Korea Selatan - Mayat pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il yang meninggal dunia kerana serangan jantung dipamerkan dalam sebuah keranda berkaca di Istana Memorial Kumsusan di Pyongyang semalam.

Stesen televisyen di Korea Utara menunjukkan seorang anak lelaki bongsu Jong-il, Kim Jong-Uun yang berusia lewat 20-an dan pengganti bapanya di negara komunis itu melihat jenazah tersebut bersama dengan beberapa pegawai tinggi.

Mayat Jong-il memakai pakaian kegemarannya yang berwarna hijau dan dengan sehelai bendera berwarna merah menutup sebahagian pakaian itu.

Dekri berkabung selama 13 hari dikeluarkan di seluruh negara ekoran kematian Jong-il.

Rejim komunis di Korea Utara merahsiakan kematian Jong-il selama dua hari sebelum seorang pembaca berita mengumumkan kematiannya di televisyen pada Isnin lalu.

Menurut media Korea Utara, Jong-il meninggal dunia pada Sabtu lalu kerana satu serangan jantung yang disebabkan tekanan dan kerja terlalu kuat.

Jong-il berusia 69 tahun semasa dia meninggal dunia.

Majlis pengebumian akan diadakan pada 28 Disember di Istana Memorial Kumsusan di Pyongyang.

Jong-il berkuasa selama 17 tahun selepas kematian bapanya, Kim ll-sung.

Korea Utara dan Korea Selatan secara teknikalnya masih berperang sejak peperangan tiga tahun di antara kedua-dua buah negara berakhir menerusi gencatan senjata pada 1953.

Amerika Syarikat menempatkan 28,500 askar di selatan Korea Selatan dan 50,000 anggota tentera di Jepun.

Korea Utara dipercayai mempunyai simpanan plutonium dalam jumlah yang besar mencukupi untuk menghasilkan lapan senjata nuklear. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Dua pemuda punk cuba lari

Posted:

Dua pemuda punk cuba lari

Dua pemuda punk cuba lari


SEORANG peminat muzik punk turun dari sebuah trak untuk bersolat di sebuah pusat latihan polis di Seulawah, Aceh Besar, Aceh pada Sabtu lalu.


SEULAWAH, Indonesia - Dua daripada 65 peminat muzik punk termasuk lima wanita yang sedang menjalani proses pemulihan akhlak di sebuah pusat tahanan polis di sini, Aceh hampir berjaya melepaskan diri sebelum mereka dibebaskan pada Jumaat ini.

Dua pemuda terbabit berpura-pura mahu ke bilik air sebelum mereka melarikan diri ke bandar Banda Aceh yang terletak 50 kilometer dari lokasi mereka ditahan.

Kedua-duanya dipercayai berbuat demikian kerana benci berada di pusat berkenaan.

Polis menemui mereka merayau-rayau di jalanan sembilan jam selepas melarikan diri dan membawa mereka pulang sejurus selepas tengah malam.

"Mereka menyatakan rindu pada ibu bapa mereka tetapi jelas, mereka menipu," kata ketua polis tempatan, Kolonel Armensyah Thay.

"Mereka tidak pulang ke rumah. Mereka selama ini hidup di jalanan," tambahnya.

Semua 65 belia punk itu akan dibebaskan pada Jumaat ini selepas menjalani proses pemulihan selama 10 hari.

Sepanjang tempoh tersebut, mereka diajar ilmu agama dan akhlak selain melakukan kawat tentera bertujuan untuk menjadikan mereka lebih berdisiplin.

Bagaimanapun, seorang pemuda yang mahu dikenali sebagai Yudi, 19, menyatakan, kem akhlak tersebut tidak berjaya.

Dia meronta dengan kuat apabila beberapa anggota polis cuba mencukur rambutnya.

Apabila kepalanya dibotakkan, Yudi mula menitiskan air mata.

"Ia merupakan satu seksaan buat saya. Saya tidak sabar untuk keluar" katanya.

"Mereka tidak boleh mengubah diri saya. Saya sayang punk. Saya tidak merasa bersalah tentang gaya hidup saya. Kenapa saya perlu rasa bersalah? Tiada apa yang salah tentangnya." tambah remaja berkenaan.

Teman wanitanya, Intan Natalia, 20 turut bersetuju dengan pendapat tersebut.

Rambut perang Intan dipotong pendek dan diwarnakan hitam dengan dia dipaksa memakai tudung.

"Mereka boleh berkata apa saja yang mereka mahu tetapi saya suka dengan cara hidup punk. Ia sesuai dengan diri saya," katanya.

Semua 65 belia punk itu dibawa ke pusat tahanan polis berkenaan pada minggu lalu selepas polis menyerbu satu konsert di Aceh.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang Islam.

Belia itu ditangkap pada konsert muzik punk pada 10 Disember lalu dan dipaksa memotong rambut, menukar pakaian dan bersolat.

Mereka dibawa ke pusat latihan polis pada 13 Disember lalu bagi menjalani program pemulihan akhlak selama 10 hari yang dikendalikan oleh pihak polis. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Lady Gaga tiba di Tokyo

Posted:

Lady Gaga tiba di Tokyo

Lady Gaga tiba di Tokyo


Lady Gaga


TOKYO - Penyanyi yang terkenal dengan imej pelik, Lady Gaga tiba di sini semalam beberapa jam selepas akaun Twitternya dilaporkan digodam.

Penggodam itu menyiarkan satu pertandingan palsu dengan hadiah komputer iPad di laman tersebut sebelum ia ditarik balik.

Lady Gaga turut menjelaskan mengenai penggodaman itu di laman Twitter.

Menurut Lady Gaga, penggodaman itu sudah berakhir.

Dalam satu lagi mesej, Lady Gaga menyatakan dia suka berada dalam penerbangan kerana dapat tidur dan talian telefon bimbit tidak berfungsi.

Sejumlah peminat menyambut ketibaan Lady Gaga di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di pinggir Tokyo.

Dia tiba di Jepun untuk menghadiri satu majlis muzik. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan