Jumaat, 16 Disember 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


131 mati minum samsu haram

Posted:

131 mati minum samsu haram

131 mati minum samsu haram

DUA jururawat merawat seorang mangsa samsu haram di sebuah hospital di Diamond Harbour, India semalam.


KOLKATA, India – Seramai 143 orang mati di timur India selepas meminum samsu yang dipercayai dicampurkan dengan bahan kimia beracun dan metanol, kata seorang pegawai semalam.

Beberapa hospital di daerah 24-Parganas, 30 kilometer ke barat bandar Kolkata dipenuhi pesakit yang meminum samsu haram itu.

Kebanyakan mereka yang menjadi mangsa samsu itu terdiri daripada buruh dan pengayuh beca yang tidak mampu membeli arak yang berjenama.

Samsu diminum secara meluas di India kerana harga minuman itu yang murah.

Seorang penduduk di lokasi terbabit memberitahu agensi berita AFP bahawa 0.5 liter samsu dijual pada harga cuma 6 rupee (RM0.35).

Majistret daerah 24-Parganas, Narayan Swarup Nigam melalui wawancara telefon berkata, ramai lagi mangsa kini kritikal akibat meminum minuman keras haram itu.

Katanya, metanol iaitu sejenis alkohol yang digunakan sebagai bahan antibeku atau bahan api industri, ditemui di dalam organ 20 mayat mangsa yang dibedah siasat oleh beberapa doktor sekali gus mengukuhkan dakwaan bahan kimia itu menjadi punca kematian mereka.

Metanol boleh menyebabkan hilang penglihatan, kerosakan hati dan akhirnya kematian.

"Metanol ditemui dalam organ sekurang-kurangnya 20 orang mangsa. Ia mungkin bukan satu-satunya punca kematian mereka. Kami masih menyiasat," kata seorang pegawai sebuah hospital tempatan, Chiranjib Murmu.

Setakat ini, empat orang telah ditangkap berhubung kematian tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee mengumumkan bahawa satu siasatan akan dijalankan manakala keluarga setiap mangsa akan diberikan pampasan sebanyak 200,000 rupee (RM11,831).

"Saya mahu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang membuat dan menjual arak haram (samsu)," kata Mamata dalam satu temu bual bersama sebuah stesen televisyen semalam. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Konsert K-Pop pertama di Brazil

Posted:

Konsert K-Pop pertama di Brazil

Konsert K-Pop pertama di Brazil


KUMPULAN 4Minute membuat persembahan di Sao Paulo, Brazil kelmarin. - AFP


SAO PAULO, Brazil - Sejumlah peminat menonton buat kali pertama konsert penyanyi dan band pop dari Korea Selatan di Easpaco das Americas di sini kelmarin.

Penyanyi pop, G.NA, kumpulan nyanyian 4Minute dan Beast menyertai konsert tersebut yang berlangsung selama dua setengah jam.

Kumpulan 4Minute memulakan persembahan itu dengan lagu Muzik dan mengalu-alukan kehadiran para peminat.

Para peminat itu menjerit ke arah kumpulan tersebut dalam bahasa Korea yang bermaksud 'saya sayang kamu'.

Penyanyi G.NA turut menyanyikan lagu permintaan daripada para peminat iaitu Take a Bow yang dipopularkan oleh Rihanna.

Kumpulan Beast menyanyikan lagu Shock, Soom, Rainy Days, Fiction dan beberapa lagu lain daripada album mereka.

Semua penghibur dari Korea Selatan yang dikenali sebagai K-Pop itu bernaung di bawah syarikat Cube Entertainment. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Anak ingat pesanan Jackson

Posted:

Anak ingat pesanan Jackson

Anak ingat pesanan Jackson


PARIS (kiri) diwawancara oleh Ellen DeGeneres di studio stesen televisyen NBC di Burbank, California kelmarin. - AP


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Penyanyi terkenal, Michael Jackson pernah memberitahu anak perempuannya Paris bahawa: "Jika saya mati esok, sentiasa ingat akan pesanan saya."

Paris berkata, bapanya yang bergelar Raja Pop itu turut memberi galakan supaya dia mengembangkan bakat lakonannya.

Dalam wawancara solo kali pertama di televisyen kelmarin, Paris yang akan membintangi filem pertamanya tidak lama lagi menyatakan, dia minat untuk berlakon sejak kecil.

Menurut remaja berkenaan, pada awalnya dia menganggap perbuatan bapanya memaksa dia dan adik beradik lain memakai topeng sebagai 'bodoh'.

"Saya pada mulanya berfikir, bodohnya, mengapa saya perlu memakai topeng muka?" katanya sebelum menambah. "Apabila saya semakin berusia saya akhirnya sedar bahawa dia cuma mahu melindungi kami." kata Paris.

Menurutnya, dia dan adik-beradiknya iaitu Prince Michael dan Blanket dipaksa memakai topeng muka sewaktu kecil bagi melindungi identiti mereka.

Paris muncul dalam rancangan bual bicara popular AS yang dihoskan oleh Ellen DeGeneres semasa diwawancara itu.

"Saya tahu bapa saya pandai menyanyi tetapi saya tidak tahu dia boleh berlakon. Apabila saya melihat lakonannya dalam filem Moonwalker (1988) saya berkata, hebatnya, saya mahu menjadi sepertinya (Jackson)," ujar gadis itu.

"Kami berlatih berlakon bersama, dia akan memberikan beberapa senario dan memberi arahan seperti dalam adegan ini kau akan menangis dan saya akan terus menangis," tambahnya.

Ditanya sama ada dia boleh menangis secara spontan, Paris memberitahu: "Ya, walaupun kerap kali saya bukan benar-benar menangis."

"Bapa saya berkata, jika dia mati esok, sentiasa ingat pesanannya dan saya mengingati dan menurut semua pesanan itu." ujarnya.

Paris yang berusia 11 tahun ketika Jackson meninggal dunia pada 25 Jun 2009 akan membintangi sebuah filem animasi, Lundon's Bridge and the Three Keys yang diadaptasi daripada sebuah siri buku cerita remaja. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan