Harian Metro: Global |
Perancang serangan berani mati didakwa Posted: 10 Dec 2011 11:23 AM PST NEW YORK: Seorang lelaki yang ditahan di Kanada didakwa di mahkamah tinggi di New York atas kesalahan merancang serangan berani mati yang mengorbankan lima anggota tentera Amerika Syarikat di Iraq pada 2009. Faruq Khalil Muhammad 'Isa, 38, didakwa di hadapan barisan juri atas kesalahan membunuh, konspirasi untuk membunuh warga Amerika di luar negara dan menyokong konspirasi pejuang untuk membunuh warga Amerika di luar negara, menurut kenyataan Pejabat Pendakwa Raya AS. Dia ditahan di Kanada. Sebelum ini, dia telah didakwa di Amerika, dan pihak pendakwa sedang mendapatkan perintah ekstradisi. Perintah ekstradisi akan didengar di Kanada pada 30 Januari hingga 1 Februari - AFP Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 10 Dec 2011 11:18 AM PST MANILA: Sebuah pesawat ringan persendirian terhempas di kawasan setinggan menyebabkan sebuah sekolah rendah dan beberapa bangunan di bandar kecil dekat Manila, terbakar. Kira-kira 11 orang termasuk dua orang kanak-kanak terbunuh, manakala 20 lagi cedera.
Mereka yang terbunuh, termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat Beechcraft buatan tempatan yang baru berlepas beberapa minit dari lapangan terbang Manila. Pasukan penyelamat menemui sembilan mayat dewasa yang rentung, seorang kanak-kanak dan bayi, menurut Setiausaha Agung Persatuan Palang Merah Filipina, Gwendolyn Pang.
Katanya lagi, api marak turut memusnahkan sebuah sekolah rendah tetapi ia kosong kerana ditutup pada hujung minggu. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan