Ahad, 11 Disember 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Tentera AS tinggalkan Pakistan

Posted: 11 Dec 2011 12:10 PM PST

Dunia

GAMBAR fail pada 2002 menunjukkan helikopter Amerika diletakkan di lapangan udara Shamsi di Quetta, Pakistan. - AP

GAMBAR fail pada 2002 menunjukkan helikopter Amerika diletakkan di lapangan udara Shamsi di Quetta, Pakistan. - AP

ISLAMABAD: Amerika Syarikat mengosongkan pangkalan udara Pakistan berikutan tarikh akhir yang diberikan Islamabad selepas serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bulan lalu yang mengakibatkan 24 tentera terbunuh, kata pegawai.

Tentera Pakistan, dalam satu kenyataan menegaskan pesawat terakhir yang membawa pegawai tentera Amerika dan kelengkapan meninggalkan pangkalan udara Shamsi, di barat daya wilayah Baluchistan, menyempurnakan proses yang bermula minggu lalu.

Kawalan pangkalan itu kini diambil alih tentera, kata kenyataan itu. Pangkalan dipercayai digunakan dalam serangan rahsia pesawat kawalan jauh Agensi Perisikan Amerika (CIA) menentang Taliban dan komander al Qaeda di barat laut kawasan puak Pakistan di sempadan Afghanistan.

Pegawai keselamatan kanan yang enggan namanya dikenali memberitahu AFP: Warga Amerika sudah mengosongkan pangkalan udara Shamsi dan menyerahkannya
kepada pasukan keselamatan Pakistan.

Seorang lagi pegawai di Baluchistan mengesahkan kumpulan terakhir pegawai Amerika meninggalkan pangkalan itu dengan dua pesawat semalam.
Hubungan tegang Islamabad dan Washington menjadi semakin serius berikutan 26 serangan NATO pada November di mana Pakistan menyifatkan ia sebagai serangan yang disengajakan.

Pakistan menutup dua sempadan ke Afghanistan bagi bekalan Amerika dan NATO serta memberikan pegawai Amerika sehingga semalam untuk meninggalkan pangkalan udara Shamsi.

Duta Amerika ke Islamabad Cameron Munter memberitahu stesen televisyen Pakistan minggu lalu, bahawa pihaknya mematuhi arahan yang diberikan.
Sementara itu, di PESHAWAR, jurucakap Taliban menafikan pengumuman sebelum ini yang timbalan ketua kumpulan itu mengadakan rundingan damai dengan kerajaan.

Dakwaan bercanggah itu menunjukkan petanda jelas perpecahan dalam pergerakan itu, yang mungkin menyebabkan lebih sukar untuk menamatkan pemberontakan di negara itu. AP/AFP

Full content generated by Get Full RSS.

UNESCO kibar bendera Palestin

Posted: 11 Dec 2011 07:16 AM PST

Dunia

PARIS: Bendera Palestin bakal berkibar di ibu pejabat UNESCO esok, lebih sebulan selepas penyertaannya ke dalam agensi kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu mengundang kemarahan dan reaksi tidak senang Amerika Syarikat dan Israel.

Presiden Mahmoud Abbas akan ke Paris untuk menghadiri majlis itu, yang menjadi punca Washington menarik balik dana kepada UNESCO, dan dilihat oleh banyak pihak sebagai langkah awal Palestin untuk mendapatkan keanggotaan PBB.

Presiden Abbas mahu menunjukkan kepentingan hubungan dengan UNESCO. Ini adalah kali pertama bendera akan dikibarkan di ibu pejabat institusi PBB, kata seorang diplomat Palestin. UNESCO berkata, majlis pengibaran bendera itu adalah upacara simbolik menandakan kemasukan Palestin dalam organisasi itu yang dilakukan setiap kali ia menerima anggota baru.

Palestin diterima masuk ke badan dunia itu lewat Oktober lalu, apabila perhimpunan agung UNESCO mengundi 107 untuk menerima wilayah itu sebagai anggota ke-195 berbanding 14 yang menentang.

Keputusan itu menaikkan kemarahan Amerika, sekutu kuat Israel, yang berkata Palestin mesti mencapai persetujuan perjanjian damai dengan Israel sebelum boleh menjadi anggota penuh organisasi antarabangsa.

Washington segera menggantung dana kepada badan PBB itu, yang memilih dan memantau tapak Warisan Dunia dan berfungsi dalam bidang sastera dan kebebasan media kepada isu sains dan alam sekitar.
Presiden Barack Obama berkata, dia sudah menjelaskan dengan tegas kepada Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, meluah kekecewaan Amerika kerana Paris menyokong usaha Palestin menjadi anggota UNESCO.

Tindakan Amerika membekukan dana menyebabkan UNESCO kehilangan 22 peratus daripada bajetnya, kerugian AS$65 juta (RM204 juta) tahun ini dan kekurangan AS$143 juta (RM449 juta) untuk tahun 2012 hingga 2013. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan