Khamis, 8 Disember 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Norman rela dibuang kerja

Posted: 07 Dec 2011 08:30 AM PST

JAKARTA: Norman Kamarul tidak menyesal memilih menjadi artis dan penyanyi daripada menjadi anggota briged bergerak. Norman yakin dengan pilihannya.

"Bagi saya tidak ada masalah. Banyak pekerjaan yang boleh dilakukan di luar sana, boleh saja jadi pemandu teksi motor," kata Norman yang berada di Studio Hanggar, di Jakarta, semalam.

Ketika dia dipecat daripada briged bergerak itu, Norman mengaku dia kurang kepercayaan diri.

Tetapi dengan menjadi penyanyi, dia berkata, Tuhan akan memberikan jalan kejayaan kepadanya.


"Memang ada rasa kurang keyakinan diri. Tetapi sekarang tidak ada apa-apa. Allah memberi kesempatan kepada saya untuk mengasah bakat saya. Insya Allah dengan menyanyi dan saya akan fokus dengan karier saya ini," katanya.


Norman dipecat daripada Polis Daerah Gorontalo secara rasmi kerana dia telah melanggar Fasal 14, ayat 1 (a) Peraturan Pemerintah Nombor 1, 2003 kerana tidak hadir bertugas selama 84 hari tanpa alasan.

Norman berkata, dia memang mahu keluar daripada briged itu sejak dulu.

Sementara itu, wakil Ketua Polis Jakarta, Komisioner Jenderal Nanan Sukarna berkata, Norman bukan dilepaskan bebas walaupun sudah dipecat daripada menjadi anggota polis. Norman perlu membayar ganti rugi.

"Antara hukuman yang dikenakan, Norman perlu membayar ganti rugi," katanya.

Kata Nanan lagi, Norman perlu membayar ganti rugi kerana tindakannya itu telah merugikan institusi itu.

Sebagai anggota polis, mereka semua terikat dengan perkhidmatan selama 10 tahun. Sebelum habis tempoh khidmat, setiap anggota polis tidak dibenarkan berhenti.

Kes Norman yang melanggar kod etika ini dilihat sebagai satu kes yang berat oleh Nanan kerana ia boleh menjadi contoh kepada anggota yang lain yang mahu keluar daripada perkhidmatan.

"Kalau melihat Norman tidak dihukum, mereka akan fikir mereka juga boleh melanggar kod etika ini," katanya.

Nanan berkata, dia pernah mengingatkan Norman, ketika Norman masih lagi seorang anggota polis, supaya tidak sombong apabila sudah terkenal.

"Saya kata kepadanya, Norman, kamu mesti ingat siapa diri kamu. Beret dan baju seragam polis itu yang buat dia terkenal. Nampaknya dia lupa juga. Sayang, bukan?" katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Di kubur pun sanggup mencuri

Posted: 07 Dec 2011 08:27 AM PST

LONDON: Ini gambar mengejutkan yang menunjukkan seorang wanita mencuri di kubur seorang kanak-kanak.

Keluarga kanak-kanak berusia 11 tahun itu yang mati dilanggar sebuah kereta pada 1980, memasang kamera litar tertutup di tanah perkuburan di Barking, Essex, selepas barangan yang mereka letakkan di kubur itu dicuri berulang kali.


Mereka terkejut apabila rakaman kamera berkenaan menunjukkan seorang wanita mengambil pasu bunga dari kubur kanak-kanak itu dan memasukkannya ke dalam beg tangannya.

Steve Rose, sepupu si mati, memasang kamera berkenaan di atas sebatang pokok berhampiran kubur kanak-kanak itu selepas barangan perhiasan dan bunga yang diletakkan keluarga itu hilang setiap dua minggu sejak 18 bulan lalu.


Rose, 37, berkata: "Saya baru berusia enam tahun apabila dia mati. Ibu saudara saya yang mati dua tahun lalu tidak pernah melupakan kejadian itu. "Kerana itu, kami begitu kecewa dengan kejadian curi di kubur sepupu saya." Keluarga berkenaan sebelum ini merayu pencuri menghentikan perbuatan mereka tetapi rayuan itu tidak diendahkan.


"Kami meninggalkan nota merayu mereka berhenti mencuri, tetapi mereka tidak mempedulikannya. Mereka tidak malu," kata Rose, pemandu teksi di London.

Sementara itu, jurucakap Polis London berkata: "Pihak kami mahukan maklumat mengenai identiti wanita dalam gambar itu. 'Dia dikehendaki untuk disoalsiasat oleh polis berhubung kecurian bunga yang ditinggalkan di kawasan kubur di Rippleside.


"Polis memahami perasaan keluarga yang berdepan dengan kecurian seumpama itu." Menurut Rose, kakitangan tanah perkuburan itu membenarkannya memasang kamera berkenaan.

Majlis Tempatan Barking Dan Dagenham berkata, kecurian di tanah perkuburan jarang berlaku dan berikrar untuk bekerjasama dengan polis.


Bagaimanapun, jurucakapnya enggan mengulas mengenai wanita yang gambarnya dirakam dalam kamera Rose. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan