Harian Metro: Global |
Posted: 27 Nov 2011 08:38 AM PST LONDON: Pemain kriket terkemuka Pakistan, Imran Khan, berkata dia hilang semangat untuk hidup selepas perkahwinannya dengan Jemima Glodsmith musnah Dipetik media tempatan semalam, Imran berkata, enam bulan sebelum perceraian dan enam bulan selepasnya adalah detik "paling perit" dalam hidupnya. Kata Imran, dia juga berasa amat sedih apabila tidak dapat bertemu dua anak lelakinya, Sulaiman, 8, dan Kasim, 5.
Untuk kali pertama, kata Imran, dia memahami bagaimana seseorang boleh patah semangat untuk hidup.
"Saya sangat rindukan mereka dan tiada apa dapat mengubatinya," katanya.
Ketika itu, Imran berusia 43 tahun, manakala Jemima baru 21.
|
Robot canggih bakal kawal banduan Korea Selatan Posted: 27 Nov 2011 08:16 AM PST SEOUL: Mana-mana banduan yang cuba melarikan diri dari penjara Korea Selatan tidak lama lagi terpaksa berdepan lebih daripada pengawal, rintangan dan menara kawalan. Kini pihak berkuasa dilengkapi pengawal baru - robot berteknologi tinggi yang mampu mengesan tingkah laku mencurigakan di kalangan banduan.
Jika pelaksanaannya berjaya, lebih banyak robot akan dihasilkan untuk mengawal penjara Korea Selatan.
Pegawai Asian Forum For Corrections, Prof Lee Baik-Chul, berkata berbanding sistem kamera litar tertutup yang hanya memantau, robot itu diprogramkan untuk menganalisis pelbagai aktiviti dalam penjara.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan