Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Maran didakwa rugikan IndiaNEW DELHI 16 Okt. - Keputusan bekas Menteri Telekomunikasi India, Dayanidhi Maran untuk menangguhkan kelulusan lesen spektrum (jalur frekuensi radio) semasa beliau mengetuai kementerian itu didakwa menyebabkan kerugian besar kepada kerajaan. Biro Siasatan Pusat (CBI) semasa siasatannya mengenai urus niaga Aircel-Maxis serta peranan Maran di dalamnya mendakwa menemui bukti mengenai kehilangan pendapatan dan perkara ini akan dinyatakan dalam kertas pertuduhan. Maran didakwa sengaja menangguhkan kelulusan lesen spektrum kepada Aircel milik C. Sivasankaran sehinggalah syarikat itu diambil alih oleh Maxis Communication, milik tokoh korporat Malaysia, T. Ananda Krishnan yang merupakan sahabat keluarga Maran. CBI meminta bantuan Lembaga Kawal Selia Telekom India (TRAI) untuk menghitung jumlah kerugian sebenar. "Kelewatan dalam meluluskan lesen spektrum untuk pelbagai syarikat menyebabkan kehilangan pendapatan kepada Jabatan Telekomunikasi (DoT), pendapatan yang sepatutnya diterima menerusi yuran kemasukan, bayaran lesen dan caj spektrum," menurut Laporan Maklumat Awal (FIR) yang dikeluarkan oleh CBI terhadap Maran. Menurut FIR itu, Kementerian Pertahanan memaklumkan DoT pada 8 Jun 2005 mengenai spektrum yang ada, tetapi peruntukan lesen spektrum diluluskan oleh Setiausaha DoT pada waktu itu, JS Sharma dan spektrum diperuntukkan kepada Aircel pada 7 Februari 2006, hanya selepas urus niaga Aircel-Maxis. CBI mendakwa, Sarma bertindak demikian atas arahan Maran. "Kelewatan lapan bulan yang disengajakan oleh Maran dan Kementeriannya menyebabkan kerugian kepada perbendaharaan, dan Maran perlu menjelaskan kelewatan ini dan kerugian besar yang dialami," kata seorang pegawai CBI. Seorang pegawai kanan CBI, kerugian itu dianggarkan melebihi 250-300 juta rupee (RM15.9 juta hingga RM19.1 juta). - Agensi |
Protes ala Occupy Wall Street di Itali bertukar ganas Posted: Protes ala Occupy Wall Street di Itali bertukar ganasSEORANG perusuh mengangkat tangan tanda protes di hadapan kenderaan polis yang dibakar semasa pertempuran antara pihak berkuasa dengan penunjuk perasaan di Rome, kelmarin. - REUTERS ROME 16 Okt. - Demonstrasi jalanan ala Occupy Wall Street di Rome oleh beratus-ratus penunjuk perasaan bertopeng semalam bertukar menjadi rusuhan paling buruk di ibu negara Itali yang menyaksikan kereta dibakar dan tingkap bangunan dipecahkan. Polis berulang kali melepaskan gas pemedih mata dan meriam air dalam cubaan menyuraikan demonstrasi itu, Bagaimanapun, pertempuran dengan sekumpulan kecil daripada penunjuk perasaan itu berlanjutan sehingga malam, beberapa jam selepas berpuluh ribu orang menyertai demonstrasi jalanan di Rome. Asap dapat dilihat di kawasan perumahan antara Colosseum dan St. John Basilica, menyebabkan kebanyakan penduduk dan penunjuk perasaan menyelamatkan diri ke dalam bangunan dan gereja ketika perusuh mengganas. Selepas polis berjaya memaksa perusuh berundur dari kawasan St, John Basilica, mereka berkumpul dan membina tembok sekatan menggunakan tong sampah di sebuah jalan raya Via Merulana. Pegawai berkata, lebih 70 orang cedera termasuk tiga yang cedera serius. Liputan televisyen menunjukkan perusuh melempar batu dan botol ke arah sebuah van polis dan kemudian membakarnya. Rakyat Itali merasa tidak puas hati terhadap pengangguran tinggi, kelumpuhan politik dan pendekatan jimat cermat bernilai 60 bilion euro (RM249 bilion) yang meningkatkan cukai dan kos rawatan perubatan. Keganasan yang berlaku di negara ini menyerupai pertempuran ala gerila di bandar yang menyaksikan penunjuk perasaan melempar batu, botol dan mercun ke arah polis. Perdana Menteri, Silvio Berluconi berkata, mereka yang bertanggungjawab perlu dikenal pasti dan dihukum. Datuk Bandar Rome, Gianni Alemanno mengarahkan semua muzium ditutup atas faktor keselamatan dan mengkritik kejadian itu. - REUTERS Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan