Harian Metro: Global |
Posted: 15 Oct 2011 07:26 AM PDT TEHERAN: Mahkamah Rayuan menolak rayuan dan mengekalkan hukuman penjara enam bulan, 20 tahun larangan membuat filem dan lawatan kepada pengarah yang memenangi anugerah antarabangsa, Jafar Panahi. Menurut keluarganya, keputusan yang dibuat dua minggu lalu, masih belum dilaksanakan. Akhbar Iran mengesahkan keputusan itu semalam. Menurutnya, "Tuduhan yang dikenakan ke atasnya adalah kerana berlakon tanpa menghiraukan keselamatan negara dan melakukan propaganda menentang Iran." Akhbar itu berkata, dalam rayuan yang sama, hukuman penjara enam tahun ke atas pembuat filem Mohammad Rasoulof telah dikurangkan selama setahun.
|
Posted: 15 Oct 2011 07:21 AM PDT KABUL: Empat orang penyerang berani mati melancarkan roket dan memandu sebuah trak yang sarat dengan bom ke sebuah pengkalan Pasukan Pembangunan Semula Wilayah Amerika Syarikat, awal pagi, semalam. Menurut Ketua Polis Wilayah, General Mohammad Qasim Jangalbagh, walaupun mereka gagal melepasi pagar pengkalan yang terletak di daerah Rakha, mereka melancarkan roket dan berjaya menembusi menara keselamatan.
Tiga orang menyerang dengan berjalan kaki manakala seorang lagi meletupkan kenderaan mengandungi bom di luar pagar. Kata Jangalbagh, dua pemandu terbunuh dan dua pengawal keselamatan cedera dalam serangan itu. Semua penyerang itu turut dibunuh.
Katanya, keadaan pengawal keselamatan itu tidak terlalu serius tetapi mereka telah dipindahkan ke pengkalan AS yang lebih besar untuk rawatan.
Kumpulan Taliban menghantar mesej pesanan ringkas ke The Associated Press mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu. Serangan di Panjshir itu sehari selepas serangan di sempadan Afghanistan yang membunuh seorang polis dan seorang orang awam. -AP Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan