Harian Metro: Global |
Posted: 10 Oct 2011 07:41 AM PDT MANILA: Seorang lelaki yang begitu taksub dengan Superman menjalani pembedahan dalam usaha mengubah dirinya menjadi wira komik itu. Herbert Chavez, 35, menjalani pembedahan plastik berulang kali sepanjang 16 tahun lalu untuk membolehkannya mendapatkan dagu lekuk dan hidung Superman, menurut laporan televisyen ABS-CBN.
Usaha AFP untuk menghubunginya gagal semalam tetapi dalam laman Facebooknya, terkandung puluhan gambar dan mesej yang menerangkan alasannya untuk menjadi superhero itu.
Gambar Chavez sebelum dia menjalani pembedahan menunjukkan dia berkulit gelap, jauh berbeza dengan penampilannya sekarang.
Dalam laman Facebooknya, Chavez juga berkata dia melakukan kerja kebajikan dan muncul dalam televisyen beberapa kali.
|
Muka matador robek ditanduk lembu Posted: 10 Oct 2011 07:36 AM PDT ZARAGOZA: Gambar menunjukkan seorang matador ditanduk seekor lembu jantan menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk pada mukanya. Tanduk haiwan seberat 679 kilogram itu menembusi muka Juan Jose Padilla, dari rahang bawah hingga ke lesung matanya dan timbul di sebelah biji matanya yang tersembul.
Kejadian berlaku selepas Padilla tergelincir ketika melakukan persembahan di gelanggang di Zaragoza, Sepanyol.
Pembantu gelanggang, Vincente Yesteras berkata, Padilla bernasib baik kerana tanduk lembu itu tidak menembusi otaknya. - DM Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan