Berita Harian: Dunia |
Banjir paksa penduduk jual emas Posted: 29 Oct 2011 10:38 AM PDT Dunia Simpan sumber bekalan bimbang keadaan bencana alam di Thailand semakin burukBANGKOK: Penduduk Thailand dilaporkan mula mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menjual emas untuk ditukarkan dengan wang tunai selain menyimpan bekalan makanan dan air minuman berikutan keadaan banjir yang dilaporkan semakin buruk. Pelanggan di sekitar Bangkok datang ke kedai kami sama ada The Old Siam atau Wong Wian Yai untuk menjual emas. Mereka berpendapat lebih baik menyimpan wang tunai berbanding emas dalam keadaan kecemasan sekarang, kata Pengerusi MTS Gold Futures, Kritcharat Hirunyasiri yang dipetik The Bangkok Post, semalam. Kedai kami biasanya tutup jam 5.30 petang tetapi kini kami melanjutkan operasi hampir jam 9 malam untuk menunggu wang tunai dari bank pusat berikutan overdraf wang tunai harian kami di bank sebanyak 500 juta baht (RM50 juta) tidak mencukupi.Syarikat itu menjual kira-kira 3.5 tan emas sehari bernilai 7 bilion baht (RM70.71 juta) sejak Jumaat hingga Isnin, tiga kali ganda lebih tinggi berbanding jualan biasa berikutan permintaan tinggi. Perniagaan kedai emas menyusut sehingga 40 peratus ketika banjir berikutan orang ramai lebih memerlukan wang tunai, kata Kritcharat. Pada masa Menteri Perdagangan Thailand, Kittiratt Na-Ranong menasihatkan pendudu tidak membeli telur jika harga terlalu mahal.
Jika harga telur terlalu tinggi sehingga 8 baht sebiji, jangan beli. Cari makanan lain, katanya sambil menambah harga barang mahal berikutan kos termasuk pengangkutan kian meningkat. Jabatan Perlindungan Buruh dan Kebajikan melaporkan lebih 2,800 daripada 740,000 pekerja kehilangan pekerjaan disebabkan banjir buruk yang berterusan melanda Thailand sejak tiga bulan lalu. Bagaimanapun, kebanyakan majikan berjanji bahawa akan terus mengambil 280,000 pekerja berkenaan. Selain itu, 600,000 pekerja asing dilaporkan terperangkap di kawasan banjir menantikan bantuan bekalan selain terpaksa berhadapan dengan masalah pemotongan gaji berikutan kerugian yang dialami majikan mereka, kata sebuah kumpulan penasihat yang dipetik The Nation, semalam. Seramai 2,893 pekerja yang diberhentikan diberikan pampasan penuh di mana 343 daripada mereka adalah pekerja separuh masa dengan tiga syarikat manakala yang lain adalah pekerja sepenuh masa bersama enam firma. - Agensi |
6 peraturan jamin ibadat haji lancar Posted: 29 Oct 2011 10:36 AM PDT Dunia Arab Saudi pastikan jemaah selesa, selamatRIYADH: Pihak berkua-sa Arab Saudi merangka enam peraturan kepada jemaah tahun ini termasuk tidak membawa sebarang naskhah bercetak mengenai fahaman politik. Kerajaan juga memberi amaran kepada jemaah supaya mematuhi undang-undang dan tradisi Islam Arab Saudi termasuk tidak membawa arak, dadah, bahan lucah atau cetakan mengandungi fahaman agama bertentangan dengan ajaran Islam di negara berkenaan. Pada masa sama, Kementerian Keadilan Sosial dan Perpaduan Mesir meminta jemaah negara itu hanya menunaikan haji dan tidak menyebarkan amalan politik. Arab Saudi dalam kenyataannya menekankan bahawa jemaah Mesir perlu menandatangani ikrar mematuhi peraturan Arab Saudi dan jika melanggarnya, mereka akan dihukum.Larangan berkenaan akan ditulis dalam visa jemaah. Kenyataan sama turut menekankan supaya jemaah segera meninggalkan Arab Saudi dan negara ahli Majlis Kerjasama Teluk (GCC) lain pada akhir musim haji. Kenyataan itu memberikan maklumat terperinci mengenai proses haji. Jemaah diminta memberikan maklumat betul ketika memohon visa. Sekiranya didapati bersalah, pihak berkuasa Arab Saudi tidak teragak-agak menyekat kemasukan
Tuhan menjadikan negara ini untuk melaksanakan ibadat haji dalam keadaan aman dan selamat, jadi umat Islam boleh menjalankan ibadat dengan tenang. Demonstrasi atau menggunakan slogan politik semasa musim haji tidak boleh diterima kerana perbuatan itu akan menghasut persengketaan antara jemaah di tempat yang suci, kata Qaradawi kepada akhbar Saudi Okaz. Agensi
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan