Rabu, 5 Oktober 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


70 maut militan Somalia serang pejabat kerajaan

Posted: 04 Oct 2011 04:51 PM PDT

Dunia

TENTERA kerajaan Somalia mengawal tempat serangan bom militan dipercayai dilakukan pemberontak al-Shabab.

TENTERA kerajaan Somalia mengawal tempat serangan bom militan dipercayai dilakukan pemberontak al-Shabab.

Al-Shabaab mengaku bertanggungjawab

MOGADISHU: Militan Somalia meletupkan bom dalam trak di depan Kementerian Pendidikan menyebabkan sekurang-kurangnya 70 maut di tengah ibu negara itu, semalam.

Letupan itu didakwa dilakukan pemberontak Al-Shabaab dalam serangan terbesar terhadap ibu negara berkenaan sejak Ogos lalu. Saksi berkata, bunyi letupan kuat di perkarangan bangunan empat kementerian kerajaan di kawasan K4 (Kilometer 4) ibu negara, Mogadishu itu ketika pelajar yang mengambil peperiksaan.

"Kami membawa 70 mayat dan 90 lagi mangsa cedera. Ramai yang masih terlantar di sana. Kebanyakan mereka melecur," kata penyelia ambulans, Ali Muse.

Wartawan Reuters melihat sembilan mayat di kawasan yang dikawal pasukan kerajaan dan tentera pengaman Kesatuan Afrika (AU).

Beliau berkata, ramai mangsa yang melecur berjalan ke arah hospital berdekatan dan polis cuba untuk memindahkan pelajar yang terperangkap dalam bangunan.
Pemisah yang berkait dengan al-Qaeda, Al-Shabab mengancam melancarkan serangan terhadap kepentingan kerajaan selepas mengarahkan pejuang mereka meninggalkan Mogadishu awal Ogos.

"Al-Shabaab yang melancarkan serangan. Sasaran kami adalah kementerian," kata jurucakap pemberontak kepada Reuters.

Polis berkata, trak meletup di depan pintu pagar. Wartawan kedua Reuters berdekatan melihat trak pikap kerajaan meninggalkan tempat kejadian dengan dua mayat yang ditutup dan lima lagi berlumuran darah.

Polis turut melepaskan tembakan ke udara untuk menyuraikan orang ramai. Muse berkata, beliau melihat trak itu dipenuhi petrol dan bahan letupan. Beliau berkata pelajar, tentera dan orang ramai antara yang terbunuh.

Askar berpakaian seragam dilihat membawa mangsa yang cedera dari tempat letupan manakala seorang petugas di hospital Medina, Ali Abdullahi, berkata:

"Ini adalah serangan paling ganas. Bayangkan berpuluh-puluh mangsa dibawa ke sini setiap minit. Muka ramai mangsa kehitaman kerana asap dan cuaca panas." Al-Shabab segera mengaku bertanggungjawab dalam kenyataan di web.

"Pejuang mujahidin kami memasuki satu tempat pertemuan biasa antara menteri dan orang asing," kata Al-Shabab. – AP


Obama anggap bukan calon utama pilihan raya 2012

Posted: 04 Oct 2011 04:50 PM PDT

Dunia

PENYOKONG Romney, Terry Spuler menunjukkan sepanduk bermaksud ‘Obama tidak berjaya’ di New Hampshire.

PENYOKONG Romney, Terry Spuler menunjukkan sepanduk bermaksud 'Obama tidak berjaya' di New Hampshire.

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama semalam menganggap dirinya bukan calon pilihan ketika memulakan kempen menjelang pilihan raya 2012 yang disifatkannya sukar tetapi pada masa sama berjanji memberi tentangan kepada pencabar Republikan dalam isu 'nilai dan visi'.

Beliau juga mengakui bahawa rakyat Amerika tidak berada dalam keadaan lebih baik pada masa ini berbanding empat tahun lalu, satu pengakuan bahawa cubaannya menang penggal kedua untuk terus menduduki Rumah Putih dibayangi keadaan politik yang sukar.

Dalam satu temubual dengan ABC News dan Yahoo! Obama berhadapan dengan satu kaji selidik menunjukkan 55 peratus responden menganggap beliau akan jadi presiden satu penggal selain mengakui keadaan ekonomi menyukarkan masa depan politiknya. Obama juga tidak menunjukkan keyakinan kepada kempennya kali ini dan ketika ditanya sama ada beliau akan menjadi calon bukan pilihan ketika berhadapan dengan saingannya dari Republikan tahun depan, Obama berkata, 'sudah semestinya'.

"Dengan keadaan ekonomi, tiada lagi keraguan bahawa apa yang berlaku menjadi perhatian anda... Saya tidak kisah, saya sudah biasa jadi seorang yang bukan pilihan."

Tetapi, Obama yang juga bersaing rapat dengan dua calon utama Republikan, Rick Perry dan Mitt Romney dalam kaji selidik, mempertikaikan bahawa pengundi Amerika akan ditawarkan pilihan yang lebih baik tahun depan.

"Satu pertandingan nilai dan visi akan berlangsung pada 2012. Tiada siapa dapat nafikan bahawa kita bukanlah di mana kita diperlukan," katanya merujuk kepada ekonomi dan kadar pengangguran yang tinggi.
Sebelum itu, kempen pilihan raya semula Obama menunjukkan visi membentuk kempen 2012, mempertikaikan bahawa calon bagi Republikan lebih berminat untuk menarik sokongan Tea Party.

"Ketika Presiden berjuang untuk mewujudkan pekerjaan dan mengembalikan wang di kalangan kelas pertengahan Amerika, calon Republikan mencadangkan dilanjutkan cukai besar korporat dan potongan cukai bagi mereka yang kaya dengan menulis peraturan mereka sendiri," kata memo itu.

Kempen itu menyifatkan Republikan juga jauh daripada aliran utama Amerika dalam isu imigrasi, pembaharuan perbankan, cukai, kesihatan, peraturan ekonomi dan pendidikan. – AFP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan