Harian Metro: Global |
Posted: 04 Sep 2011 10:17 AM PDT SHISHAN (Libya): Pejuang yang setia kepada kerajaan baru kini semakin mara ke kubu terakhir Muammar Gaddafi semalam, ketika rundingan untuk penyerahan aman bekas pemimpin Libya itu diketepikan. Seorang pemimpin tentera itu berkata, serangan ke atas Bani Walid yang menjadi tempat pertahanan terakhir Gaddafi tidak dapat dielakkan.
Kata pemimpin itu, rundingan di antara mereka dengan kumpulan Gaddafi berakhir kerana didapati tidak serius.
Sementara itu, Menteri Dalam Negara Libya yang baru, Ahmed Darrat, berkata dia yakin Bani Walid ditawan dalam tempoh sehari dua lagi.
"Malam semalam (kelmarin) Gaddafi cuba meninggalkan Bani Walid dan mencetuskan tembak-menembak beberapa minit," katanya.
|
Posted: 04 Sep 2011 08:22 AM PDT AUCKLAND: Seorang wanita terpaksa duduk bersebelahan mayat teman lelakinya selama sembilan jam selepas lelaki terbabit mati tercekik ketika menjamu selera dalam pesawat. Vanessa Preechakul mendedahkan bagaimana dia terkejut apabila teman lelakinya, Robert Rippingale, 31, tercekik hingga mati ketika makan hidangan daging dalam penerbangan Jetstar dari Singapura ke Auckland. "Sebelum itu kami duduk bersebelahan sambil berkucupan, berpegang tangan tetapi tidak lama kemudian dia tercekik," kata Vanessa, 27, seorang arkitek.
Vanessa memberitahu New Zealand Herald, mereka bertemu di Singapura, tempat teman lelakinya itu tinggal dan bekerja selama tiga tahun.
"Saya ingat dia ketawa terbahak-bahak. Kemudian apabila saya memandang ke arahnya, saya lihat matanya terjuling ke atas dan dia tidak dapat bercakap. Bibirnya mula kebiruan." Seorang doktor dan dua jururawat antara penumpang di pesawat itu dan mereka bergegas untuk membantu sebaik mendengar Vanessa menjerit meminta bantuan.
Mayat Rippingale dialihkan ke bahagian rehat kru kabin dan ditutup dengan selimut.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan