Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Yoshihiko Noda PM baru Jepun
TOKYO 29 Ogos – Menteri Kewangan, Yoshihiko Noda dipilih sebagai pemimpin parti pemerintah, Parti Demokratik yang baru, sekali gus menjadi Perdana Menteri Jepun keenam dalam satu pemilihan parti itu, hari ini. Noda, 54, yang menewaskan Menteri Perdagangan dan Industri, Banri Kaieda dalam pusingan kedua pemilihan tersebut, kini perlu menghadapi cabaran peningkatan semula mata wang yen yang mengancam eksport, membentuk polisi bekalan tenaga baru dan pada masa sama menyelesaikan krisis nuklear ekoran bencana tsunami dan gempa bumi pada Mac lalu. Menteri Kewangan tersebut menerima 215 undi berbanding Kaieda yang memperoleh 177 undi daripada 392 ahli Parlimen parti itu. Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai parti selepas kertas undi dimasukkan ke dalam mesin mengira. Noda dijangka mengangkat sumpah untuk menjawat jawatan berkenaan di Parlimen esok. Pemilihan itu berlaku selepas penyandang Perdana Menteri, Naoto Kan pada Jumaat lalu, mengumumkan pengundurannya selepas 15 bulan menjawat jawatan itu. Sebanyak lima calon termasuk Noda bertanding bagi merebut jawatan tersebut dalam pemilihan yang kira-kira pukul 11 pagi (10 pagi waktu Malaysia) ini. Antara calon yang bertanding adalah bekas Menteri Luar, Seiji Maehara sehingga minggu lalu dilihat sebagai pilihan rakyat dan dijangka menewaskan pesaing terdekat, Noda. Bagaimanapun, keadaan berubah apabila pemimpin berpengaruh, Ichiro Ozawa menyatakan beliau akan menyokong Kaieda, menjadikannya pesaing terbaru Maehara. Bagaimanapun, Kaieda dan Noda menerima undian paling tinggi dalam pusingan pertama pemilihan tersebut hari ini. - Agensi | ||
Taufan Irene ragut 19 nyawa di AS Posted: Taufan Irene ragut 19 nyawa di ASBilly Stinson (kiri) menenangkan anaknya, Erin Stinson ketika mereka duduk di tangga rumah mereka sebelum ia dimusnahkan oleh taufan Irene di Nags Head, North Carolina, kelmarin. - AFP WASHINGTON 29 Ogos - Taufan Irene yang melanda bandar raya New York kini bergerak ke arah utara New England dalam keadaan kekuatan yang semakin menurun dan diklasifikasikan sebagai ribut tropika. Taufan tersebut meninggalkan Pantai Timur Amerika Syarikat (AS) di mana ia menyebabkan sekurang-kurangnya 19 orang terkorban, banjir teruk dan kira-kira 4.5 juta rumah dan pusat perniagaan terputus bekalan elektrik. Sistem penerbangan, kereta api, rangkaian perkapalan dan pengangkutan lain yang tergendala akibat bencana alam itu berusaha untuk menyambung perkhidmatan mereka semalam tetapi dijangka semuanya akan kembali seperti biasa seawal Selasa ini. Banjir, kerosakan akibat angin kuat dan bekalan elektrik yang terputus akibat Taufan Irene itu menghalang usaha untuk memulihkan kembali semua sistem bagi berpuluh juta penduduk terutamanya di New York, di mana lapangan terbang dan laluan bawah tanah masih ditutup. Washington dan Philadelphia pula sudah mula menjalankan operasi penerbangan mereka melihat langit yang kembali cerah di sana. Menurut jurucakap US Airways, Todd Lehmacher, mereka kini fokus untuk mencapai sasaran menjalankan operasi seperti biasa pada hari Selasa. "Kami memerlukan masa untuk memulihkan sistem seperti biasa dan berharap boleh memulakannya secara terhad hari ini di lapangan-lapangan terbang itu," katanya, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan berkata, kesemua tiga buah lapangan terbang di New York beroperasi pagi ini. Pegawai New York tidak dapat memberi maklumat bila sistem laluan bawah tanah yang merupakan terbesar di negara itu akan dibuka sepenuhnya kembali. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan