Isnin, 29 Ogos 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Penyokong Gaddafi bunuh tahanan

Posted: 28 Aug 2011 08:22 AM PDT

TRIPOLI: Tentera Muammar Gaddafi mungkin membunuh tahanan dan orang awam ketika pemberontak menawan bandar raya ini minggu lalu.

Jalan raya Tripoli dicemari dengan mayat reput dan sisa peperangan selepas pertempuran sengit meletus antara pemberontak dengan tentera Gaddafi, bertujuan menamatkan pemerintahan 42 tahun pemimpin itu.

"Bukti yang berjaya kami kumpul setakat ini menunjukkan kerajaan Gaddafi terbabit dalam pembunuhan ketika Tripoli jatuh," kata Pengarah HRW Afrika Utara, Sarah Leah Whitson.

Dalam satu kenyataan, dia berkata, kira-kira 18 mayat penuh dengan peluru, dua dengan tangan terikat, ditemui di tebing sungai berhampiran kompleks kediaman Gaddafi, Bab al-Aziziya.


Sebanyak 29 mayat ditemui dalam satu klinik sementara di perkarangan kompleks itu, dipercayai dibunuh, kata HRW lagi.


Empat mayat ditemui di atas katil lipat dan satu ditemui dengan tangan terikat.

Menurut HRW lagi, tiga mangsa yang terselamat daripada hukuman bunuh oleh kumpulan pro-Gaddafi termasuk seorang lelaki yang terkena tiga das tembakan apabila kumpulan itu menembak secara rambang ke sebuah bilik yang menempatkan 25 tahanan, selepas menerima arahan untuk 'membunuh mereka semua.'

Menurut saksi, bunyi suara pejuang jelas kedengaran sebelum semua tahanan itu ditembak mati.

"Kejadian ini, mungkin sebahagian daripada kisah bagaimana tentera Gaddafi melakukan keganasan sama ada secara sistematik ataupun dirancang," kata Whitson.

"Sekiranya kejadian ini terbukti melanggar hukum, maka mereka telah melakukan jenayah perang yang serius dan semua yang bertanggungjawab mesti di bawa ke muka pengadilan."

Wartawan Reuters di Tripoli sendiri menyaksikan beberapa pembunuhan beramai-ramai dengan tangan mangsa diikat. - AP

Derita model seluar dalam

Posted: 28 Aug 2011 08:17 AM PDT

NEW YORK: Bagaimana agaknya perasaan dapat memakai pakaian dalam berlian berharga RM13.4 juta?

"Menyakitkan," itu yang dikatakan model seluar dalam Victoria's Secret yang pernah memperagakan pakaian dalam itu, Selita Ebanks (gambar).


Selita menjadi model fesyen syarikat berkenaan dari 2005 hingga 2008.

Dia terpilih memperagakan pakaian dalam 'Holiday Fantasy Bra Set' pada 2007. Pakaian itu disifatkan sebagai amat seksi dan dihiasi dengan berlian, permata, delima dan nilam yang berharga AS$4.5 juta (RM13.4 juta).


Bagi sebahagian orang, mereka tentu terfikir betapa beruntungngnya model yang memperagakan seluar dalam itu.


Tapi bagi Selita, saat itu sungguh tidak menyelesakan.

"Sakit. Ya, berlian itu membuat saya sakit," kata bekas tunang Nick Cannon itu, seperti yang dipetik oleh akhbar Huffington Post.


"Saya merasakan kemaluan saya digores pada setiap langkah. Ia sudah pasti bukan cara yang betul untuk menarik perhatian lelaki. Tidak ada lelaki yang suka dengan wanita yang luka pada kemaluannya," kata model berusia 28 tahun itu.

Menurutnya, ketika memakai seluar dalam itu, dia tidak merasa dirinya seksi.


"Itu bukan seksi, tapi seksa. Tidak ada orang yang mahu kemaluannya luka," katanya. -Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan