Isnin, 11 Julai 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Bekas banduan rancang bunuh Obama

Posted: 10 Jul 2011 08:36 AM PDT

PIERRE (Dakota Selatan): Seorang lelaki yang didakwa membunuh seorang wanita warga emas dikatakan turut merancang menamatkan riwayat Presiden Amerika Syarikat.

Menurut pendakwa, James McVay menyusun rancangan melakukan pembunuhan ke atas beberapa orang, termasuk presiden dan polis.


Berdasarkan pertuduhan, bekas banduan itu berkata, dia akan "membunuh dan membunuh sehingga saya mendapatkan dia" yang merujuk kepada presiden.

Pendakwa berkata, McVay bercadang pergi ke Chicago atau Indianapolis untuk melakukan pembunuhan seterusnya sebelum mencuri kenderaan dan memandu ke Washington.


Apabila tiba di Washington, McVay akan melepaskan tembakan ke arah Barack Obama menggunakan raifal.


McVay, 41, semalam dibicarakan atas tuduhan membunuh Maybelle Schein, 75, ketika mangsa tidur.

Tertuduh dikatakan mengelar leher Maybelle menggunakan pisau perkhemahan di rumah mangsa di Sioux Falls.


McVay kemudian melarikan kereta Maybelle ke Madison sebelum bercadang menyerang dan membunuh seorang anggota polis bagi mendapatkan senjata apinya.

Tertuduh mengaku mula merancang siri pembunuhan itu dua tahun lalu ketika dia masih meringkuk dalam penjara di Dakota Selatan.


Beberapa jam selepas meninggalkan program peralihan komuniti pada 30 Jun lalu, McVay berjalan ke pasar raya untuk mencuri pakaian serta pisau.


Dia kemudian memecah masuk ke rumah Maybelle dan membunuhnya kerana ternampak ada kenderaan di garaj rumah mangsa.


Pendakwa berkata, McVay akan membunuh sesiapa saja setiap kali ada peluang.


"Tertuduh perlu membasahkan tangannya dengan darah untuk membiasakan diri membunuh," katanya.


McVay ditahan pada 2 Julai lalu di Madison, Wisconsin. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Budak magnet curi tumpuan

Posted: 10 Jul 2011 08:36 AM PDT

SAO PAULO: Kemampuan seorang budak meletakkan besi ke badannya menarik perhatian orang ramai di Mossoro, timur laut Brazil.

Laporan Globo TV menyatakan, Paulo David Amorim, 11, seolah-olah manusia magnet apabila pelbagai objek, termasuk garfu, pisau, gunting, kuali dan kamera melekat ke badannya.


Bapa Amorim berkata, dia mula menguji kebolehan anaknya selepas mengetahui ada budak lain di Croatia memiliki kemampuan sama.

Katanya, dia terkejut apabila mendapati garfu dan pisau melekat ke tubuh Amorim.


Disebabkan kelebihannya itu, Amorim mendapat gelaran "budak magnet" di sekolahnya. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan