Khamis, 26 Mei 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Imogen 100% pasti dilamar Giggs

Posted: 25 May 2011 10:26 AM PDT

SERIUS...Giggs ketika menjalani latihan di padang, semalam.
SERIUS...Giggs ketika menjalani latihan di padang, semalam.

LONDON: Legenda bola sepak Machester United (MU), Ryan Giggs, berjaya meyakini seorang wanita bahawa mereka akan berkahwin selepas kedua-duanya mengadakan hubungan seks, lapor media, semalam.

Ketika ini, Giggs, 37, berkahwin dengan Stacey dan mempunyai dua anak.


Menurut akhbar, bintang siri realiti televisyen Big Brother, Imogen Thomas, menjalin hubungan romantik selama enam bulan dengan Giggs selepas berkenalan secara spontan di sebuah hotel sehari sebelum MU turun dalam dua perlawanan penting.

Kata Imogen, 28, dia berborak dengan Giggs di bar hotel tanpa pemain bola sepak terbabit menyedari siapa dirinya.


Bagaimanapun, katanya, daripada pengamatan dibuat, Giggs ternyata berminat kepadanya.


"Giggs kelihatan tenang dan ketika kami kembali ke bilik, dia baru menyedari siapa saya," katanya.

Selepas mengadakan hubungan seks, Imogen mahu hubungan mereka berakhir di situ saja.


"Saya tahu Giggs berumah tangga. Justeru saya enggan memberi atau bertukar-tukar nombor telefon dengannya.

"Masalahnya, Giggs berkeras mahukan nombor saya," katanya.


Beberapa jam kemudian, kata Imogen, Giggs menelefonnya dengan alasan mahu memastikan dia selamat tiba di rumah.


Sejak itu, kata Imogen - pernah diundi sebagai peserta Big Brother paling seksi - mereka sentiasa berhubung setiap hari.


Sementara itu, sumber berkata, walaupun menyedari Giggs suami orang dan cuba menamatkan hubungan itu, Imogen "100 peratus pasti" mereka akan berkahwin pada satu hari nanti.


Katanya, Imogen benar-benar menyintai pemain sayap kelahiran Wales itu.


"Giggs tahu hubungan mereka salah tetapi dia terus mahukan Imogen," katanya.


Sumber berkata, Imogen yakin hubungannya dengan Giggs bukan semata-mata kerana dorongan seks, sebaliknya jauh lebih mendalam.


"Imogen dilamun cinta, tapi kini dia ditinggalkan Giggs begitu saja," katanya. Skandal Giggs itu didedahkan ahli politik Liberal Demokrat, John Hemming, yang menggunakan kekebalannya sebagai ahli Parlimen. - TS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki kurang senyum, pemalu lebih seksi di mata wanita

Posted: 25 May 2011 10:22 AM PDT

VANCOUVER: Jika anda seorang lelaki dan mahu memikat wanita, jangan terlalu banyak tersenyum, sebaliknya lebihkan termenung serta menunjukkan sifat kemalu-maluan.

Menurut kajian, wanita menganggap lelaki yang riang kurang daya tarikan seks berbanding lelaki memaparkan sikap berbangga atau membayangkan pernah berbuat salah.


Kajian Persatuan Psikologi Amerika itu - diterbitkan semalam dalam jurnal Emotion - menunjukkan lelaki gemar tersenyum kurang menarik pada pandangan wanita.

Profesor yang mengetuai kajian itu, Jessica Tracy, berkata bagi lelaki pula, wanita yang gemar tersenyum lebih menawan.


Bagaimanapun, kata Jessica, kumpulan pengkaji mengakui tidak pasti mengapa lelaki dan wanita memberikan reaksi berbeza terhadap senyuman.


"Bagi seorang lelaki, senyuman mungkin menampakkan sifat terlalu kewanitaan atau terdesak mahukan seks," katanya.

Hasil kajian itu juga menghangatkan pandangan bahawa wanita lebih berminat kepada lelaki nakal.


Kata Jessica, kajian itu hanya melihat kepada reaksi awal terhadap daya tarikan seksual dan tidak mencadangkan lelaki supaya kurang senyum.

"Jika seseorang mahukan hubungan jangka panjang, banyak aspek lain diambil kira. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan