Ahad, 21 Julai 2013

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Bantahan di Mansura bertukar ganas

Posted:

Bantahan di Mansura bertukar ganas

Bantahan di Mansura bertukar ganas

PENYOKONG Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Morsi berarak di Kaherah kelmarin.


KAHERAH - Penyokong Mohammed Morsi terus mengadakan protes semalam bagi menuntut beliau dilantik semula sebagai Presiden Mesir.

Perkembangan tersebut berlaku selepas puluhan ribu penyokong Presiden yang digulingkan tentera itu bertempur dengan penentang mereka sejak malam kelmarin.

Beribu-ribu penyokong setia Morsi berhimpun di hadapan Masjid Rabaa Al-Adawiya di ibu kota Mesir, di sini pada pagi semalam sambil membawa potret pemimpin mereka dan bendera Mesir.

Perhimpunan itu diadakan ketika ketegangan politik di Mesir memuncak selepas sehari kumpulan penyokong dan anti-Morsi saling mengadakan protes di seluruh negara.

Tunjuk perasaan itu bertukar ganas di bandar raya Mansura di Delta Sungai Nil.

"Tiga orang terbunuh manakala tujuh lagi cedera akibat ditembak dan ditikam dalam beberapa pertempuran antara penyokong dan penentang Morsi," kata seorang pegawai hospital di Mansura, Adel Said.

Beberapa pegawai semalam mengesahkan bahawa tiga orang yang terbunuh itu adalah wanita.

Mereka memberitahu, angka kecederaan di Mansura pula sebanyak 34 orang.

Protes oleh puluhan ribu penyokong Morsi yang bermula kelmarin dan dinamakan "Mematahkan Rampasan Kuasa" berlaku tiga hari selepas pemangku Presiden Adly Mansour menubuhkan Kabinet baharu Mesir.

Bagaimanapun, Kabinet tersebut ditolak oleh penyokong Morsi.

Kebanyakan penyokong pemimpin itu terdiri daripada anggota pergerakan Islam terbesar di Mesir, Ikhwanul Muslimin.

Kelmarin turut menyaksikan beribu-ribu penentang Morsi turut membanjiri Dataran Tahrir di sini.

Sehingga kini, Morsi masih ditahan oleh tentera Mesir dengan pihak berkuasa turut menangkap beberapa pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin dan membekukan aset mereka.

Setakat ini, protes pro-Morsi telah meragut lebih 100 nyawa dengan 53 orang terbunuh di luar ibu pejabat Pengawal Republikan di sini pada 8 Julai lalu. - AFP

Wanita maut jatuh dari roller coaster

Posted:

Wanita maut jatuh dari roller coaster

Wanita maut jatuh dari roller coaster

DUA pekerja syarikat Six Flags berjalan di hadapan roller coaster Gergasi Texas di Arlington, Texas. kelmarin.


ARLINGTON - Seorang wanita yang menaiki roller coaster di negeri Texas, Amerika Syarikat maut apabila terjatuh dari binaan tersebut kelmarin.

Kemalangan itu berlaku di taman hiburan Six Flags Over di sini.

Jurucakap taman hiburan berkenaan, Sharon Parker mengesahkan mangsa meninggal dunia semasa menaiki roller coaster gergasi itu tetapi tidak mendedahkan bagaimana dia terbunuh.

Namun, beberapa saksi memberitahu media tempatan bahawa wanita itu terjatuh.

"Apabila kereta roller coaster itu hendak menuruni landasan, palang keselamatannya terbuka dengan wanita itu terus terjatuh," kata seorang saksi, Carmen Brown.

Menurut Brown, dia sedang berbaris untuk menaiki roller coaster tersebut apabila kemalangan berlaku.

Dalam pada itu, syarikat Six Flags melahirkan kesedihan berhubung kematian tersebut dan mengumumkan penutupan bahagian taman sekitar tempat kemalangan itu.

Roller coaster tersebut, Gergasi Texas, mencapai ketinggian bangunan 14 tingkat dengan sudut junaman mencecah 79 darjah. - AP

Penternak AS biak 'lembu panda'

Posted:

Penternak AS biak 'lembu panda'

Penternak AS biak 'lembu panda'


PEANUT meragut rumput di sisi ibunya, Midget pada Khamis lalu.


COVINGTON - Sejak tujuh tahun lalu, seorang penternak lembu kerdil di Amerika Syarikat (AS), John Bartheld berharap dapat membiak lembu yang menyerupai seekor panda.

Dia berjaya melakukannya pada 28 Jun lalu dengan kelahiran "lembu panda" yang dinamakan Peanut.

Dari pelbagai sudut, Peanut yang berbulu hitam di sekeliling mata dan corak putih pada muka dan badannya kelihatan seperti beruang panda dari China.

Haiwan itu tidak pernah berenggang jauh dari ibunya, Midget.

"Saya berasa agak ganjil kerana saya tidak pernah memelihara lembu seperti ini," katanya.

Bartheld memelihara sembilan ekor lembu dengan empat ekor didaftarkan sebagai lembu kerdil di sini, dalam negeri Washington.

Seekor lembu kerdil perlu berada di bawah ketinggian 1 meter pada usia tiga tahun.

Lembu panda pula perlu memiliki tanda-tanda seekor beruang seperti corak putih pada bahagian perutnya. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan