Kosmo Online - Dunia |
- Indonesia kumpul bukti dakwa lapan syarikat
- Obama melawat Nelson Mandela
- Pesawat kawalan jauh karakter adiwira
Indonesia kumpul bukti dakwa lapan syarikat Posted: Indonesia kumpul bukti dakwa lapan syarikat
JAKARTA - Pemerintah Indonesia sedang meneliti untuk mendakwa lapan syarikat dari Asia Tenggara kerana disyaki bertanggungjawab melakukan pembakaran hutan yang menyebabkan dua jirannya, Singapura dan Malaysia dilanda jerebu. Krisis jerebu kali ini adalah yang terburuk pernah melanda rantau Asia Tenggara dalam tempoh 16 tahun. Kementerian Alam Sekitar Indonesia mendedahkan nama lapan firma tersebut pada minggu lalu. Setakat ini, pemilik lima firma perladangan berkenaan menafikan melakukan sebarang kesalahan manakala agensi berita Reuters gagal menghubungi tiga firma lain. Tiga firma yang disiasat pula dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan di Malaysia. Siasatan oleh berpuluh-puluh pegawai di wilayah Riau, Sumatera mendapat bukti berlaku kebakaran di tanah yang dilesenkan kepada syarikat PT Tunggal Mitra Plantations dan PT Bhumireksa Nusa Sejati. Kedua-dua ladang itu didawa dimiliki oleh syarikat Malaysia, Sime Darby. Bhd melalui subsidiarinya, Minamas Plantation. Mengulas perkembangan tersebut, Sime Darby memberitahu peta satelit terkini oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) bersama peta syarikat menunjukkan tiada kebakaran berlaku di ladang Tunggal Mitra. Menurutnya, terdapat tiga kebakaran di tanah konsesi Bhumireksa Nusa Sejati. Namun, kata Sime Darby, semua kebakaran itu berlaku di luar kawasan operasi syarikat. Sime Darby memetik undang-undang Indonesia yang dikuatkuasakan dalam tahun 1980-an yang memberikan hak kepada petani tempatan untuk menggunakan tanah konsesi yang belum diterokai tanpa sekatan. Menurut Sime Darby, pihaknya tidak pernah membersihkan tanah di lokasi kebakaran itu sejak April lalu. Sebahagian petani tempatan menggunakan kaedah pembakaran sebagai teknik murah untuk membersihkan tanah walaupun ia diharamkan di Indonesia. Pembakaran hutan bagi tujuan pertanian biasa dilakukan pada musim kering antara Jun hingga September. Dalam pada itu, jurucakap polis nasional, Boy Rafli Amar berkata, sebanyak 14 orang telah ditangkap pada minggu ini kerana menyebabkan kebakaran. Beliau enggan mendedahkan sama ada mereka diupah oleh lapan firma berkenaan tetapi menambah, terdapat bukti kebakaran berlaku di tanah konsesi firma terbabit. Undang-undang baharu pada 2009 mengenakan hukuman berat ke atas jenayah alam sekitar di Indonesia. Namun, peraturan itu jarang dikuatkuasakan. "Ini merupakan jerebu dahsyat pertama yang berlaku sejak undang-undang baharu berkuat kuasa. Ini peluang terbaik bagi pemerintah menggunakannya," kata Timbalan Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan Perhutanan Antarabangsa (CIFOR), Peter Kanowski. CIFOR merupakan sebuah organisasi pemuliharaan di Indonesia. Menurutnya di bawah undang-undang 2009, orang perseorangan atau syarikat yang didapati bersalah memulakan kebakaran hutan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda 10 bilion rupiah (RM3.1 juta). Pemerintah juga boleh merampas keuntungan dan menutup operasi firma berkenaan. Selain itu, pihak syarikat boleh disaman bagi tuntutan ganti rugi kemusnahan alam sekitar. - Reuters | |
Posted: Obama melawat Nelson MandelaPRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama dan isteri, Michelle Obama melambai tangan dari pesawat Air Force One sebelum berlepas ke Afrika Selatan pada Jumaat. - Reuters PRETORIA - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berlepas dari Sinegal menuju ke Afrika Selatan pada Jumaat untuk melawat ikon antiaparteid Afrika Selatan, Nelson Mandela yang kini nazak. Obama menghabiskan masa selama tiga hari di Dakar untuk bercakap mengenai demokrasi di Afrika dan melawat Pulau Goree yang menjadi simbol kepada perdagangan hamba. Ini merupakan pusingan pertama lawatan Obama ke rantau Afrika yang turut melibatkan Tanzania. "Saya menyifatkan beliau sebagai hero untuk dunia. Sekiranya beliau sudah tiada nanti, satu perkara yang saya fikir semua orang tahu ialah warisan yang ditinggalkannya," kata Obama. Obama mengakui bahawa Mandela merupakan inspirasi buatnya untuk terlibat dalam dunia politik. Kedua-dua tokoh itu pernah berjumpa pada tahun 2005 di Washington. Mandela yang akan menyambut ulang tahun ke-95 pada bulan depan kini dirawat di sebuah hospital di sini kerana mengalami jangkitan paru-paru. Dalam perkembangan berkaitan, satu tunjuk perasaan telah diadakan oleh penduduk tempatan kerana membantah kehadiran Obama ke negara tersebut. - Agensi | |
Pesawat kawalan jauh karakter adiwira Posted: Pesawat kawalan jauh karakter adiwiraSEBUAH pesawat kawalan jauh karakter Superman sedang terbang di ruang udara San Diego.- reuters SAN DIEGO - Seorang lelaki telah mencipta beberapa pesawat kawalan radio jarak jauh yang menggunakan watak adiwira di San Diegio, California kelmarin. Lelaki itu, Otto Dieffenbach yang merupakan seorang pereka bersama seorang rakan perniagaannya Ed Hanley telah menubuhkan sebuah syarikat bagi menghasilkan pesawat kawalan radio jarak jauh berbentuk manusia. Syarikat tersebut menghasilkan pesawat berbentuk manusia, karakter dan objek untuk digunakan bagi tujuan komersial serta promosi. Dieffenbach melakukan satu ujian penerbangan di satu kawasan di San Diego kelmarin. Antara karakter adiwira yang ada ialah Superman, Iron Man dan Ms. Emerson. Pesawat kawalan radio yang dicipta Dieffenbach hanya menggunakan bateri yang diletakkan pada bahagian kepala karakter tersebut. Semua karakter adiwira itu mempunyai saiz yang hampir sama dengan seorang manusia dewasa. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan