Harian Metro: Global |
Posted: Islamabad: Taliban semalam mengancam membunuh Pervez Musharraf jika bekas Presiden Pakistan itu kembali daripada buangan. Dalam kenyataan dibuat melalui rakaman video itu, Taliban berkata, mereka akan menggunakan pengebom berani mati dan penembak tepat membunuh Pervez.
Kata Adnan, 'Mujahidin Islam' sudah menyediakan skuad khas untuk menghantar Musharraf "ke neraka." "Ada pengebom berani mati, penembak tepat, unit serangan khas dan pasukan penyerang hebat sedia menjalankan misi itu," katanya.
Pervez Musharraf |
Posted: Bangkok: Lebih 40 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam kebakaran di khemah pelarian di utara Thailand, kata pihak berkuasa Thailand semalam. Jurucakap pasukan penyelamat berkata, ratusan khemah perlindungan untuk pelarian Myanmar musnah dalam kejadian di Mae Surin di wilayah Mae Hong Son itu.
Gabenor Mae Hong Son, Narumol Paravat berkata, jumlah kematian setakat tengah hari semalam 45 orang. "Ia mungkin meningkat kerana operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan," katanya. Kebakaran malam kelmarin itu dipercayai berpunca daripada api yang menyambar khemah itu ketika pelarian memasak.
Kebanyakan pelarian berasal dari Karen, negeri di timur Myanmar yang menjadi kubu kuat pemberontak Kesatuan Kebangsaan Karen (KNU). - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/24 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan