Harian Metro: Global |
Posted: Belgrade: Tidak seperti manusia lain, Bojana Danilovic amat unik kerana dunianya boleh dianggap 'terbalik' secara keseluruhan dan keadaan itu membingungkan pakar perubatan. Bagi Bojana, setiap sesuatu yang disaksikannya dilihat terbalik disebabkan perhubungan ganjil bagi otaknya memproses sesuatu imej.
Sesuai dengan tugasnya sebagai pekerja majlis perbandaran di Uzice, barat Serbia, dia juga diberikan borang rasmi khas.
BOJANA memegang akhbar secara terbalik bagi membolehkan dia membaca 'secara normal.' "Ia cuma cara saya melihat dunia berbeza berbanding orang lain," katanya. Bojana berkata, pakar neurologi di Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Harvard di AS berpendapat, dia menghidap masalah 'fenomena orientasi ruang' menyebabkan imej dilihat menjadi terbalik. - The Sun Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/15 |
Wanita pernah pindah 5 organ berjaya lahirkan anak Posted: Qatar: Seorang wanita yang pernah menjalani lima pemindahan organ melahirkan seorang bayi sihat, menjadikannya orang pertama berjaya berbuat demikian. Fatema Al-Ansari melahirkan bayi perempuannya, Alkadi Alhayal dua minggu lalu di Miami.
Fatema mengimpikan sebuah keluarga dan laporan mengenai keadaannya menjadi tamparan hebat kepadanya.
Meskipun berbahaya, Fatema mengambil keputusan untuk meneruskan hasrat mempunyai anak. Pakar sakit puan, Dr Salih Yasin berkata, dia membantu Fatema hamil menerusi permanian berhadas dan menyifatkan kejayaan wanita itu melahirkan anak sebagai satu keajaiban. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/15 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan