Ahad, 11 November 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Petraeus mengaku hubungan sulit

Posted:

Petraeus mengaku hubungan sulit

Petraeus mengaku hubungan sulit

GAMBAR fail 1 Februari 2009 menunjukkan Jeneral David Petraeus bersama isterinya, Holly sebelum menonton perlawanan bola sepak Amerika di Tampa Florida.


WASHINGTON - Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), David Petraeus bertindak meletak jawatan secara mengejut kelmarin selepas beliau mengaku mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang sudah berkahwin.

Petraeus yang merupakan bekas seorang jeneral pernah mengetuai kempen ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Iraq dan Afghanistan.

Menurut beberapa pegawai AS, hubungan sulit tersebut terbongkar semasa satu siasatan dijalankan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Mereka berkata, Petraeus menjalinkan hubungan sulit bersama penulis biografi dan pegawai unit simpanan tentera AS, Paula Broadwell.

Wanita itu telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pakar radiologi, Dr. Scott Broadwell dan memiliki dua anak lelaki iaitu Lucien dan Landon.

Dua pegawai yang terlibat dalam siasatan tersebut memberitahu, skandal mereka terbongkar apabila pihak FBI memantau e-mel Petraeus susulan aduan bahawa Broadwell mempunyai akses kepada akaun e-mel peribadinya.

Peletakan jawatan Petraeus sekali gus mengejutkan unit perisikan Washington dan komuniti politik ekoran beliau sebelum ini dianggap sebagai antara jeneral AS yang terbaik.

Petraeus yang mencecah usia 60 tahun pada Rabu lalu memberitahu pegawai-pegawai CIA dalam satu kenyataan bahawa beliau menemui Presiden Amerika Syarikat di White House di sini pada Khamis lalu dan meminta untuk dibenarkan untuk meletakkan jawatan.

Peletakan jawatannya diluluskan oleh Obama kelmarin.

"Petraeus memberitahu stafnya bahawa dia tersilap membuat penilaian dalam hubungannya dengan Broadwell.

"Sebagai seorang suami dan ketua sebuah organisasi seperti sekarang (CIA), sikap sebegini tidak boleh diterima," katanya.

Petraeus berkahwin sejak 38 tahun lalu dengan isterinya, Holly Petraeus yang dikenali ketika beliau masih seorang kadet tentera di Akademi Tentera AS di West Point, New York.

Tempat Petraeus kini diambil alih oleh Timbalan Pengarah CIA, Mike Morell sebelum pengganti beliau diumumkan. - Agensi

Lebih 20 askar Bashar maut letupan bom

Posted:

Lebih 20 askar Bashar maut letupan bom

Lebih 20 askar Bashar maut letupan bom

DARAA - Dua serangan bom berani mati menggegarkan bandar ini semalam, yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 20 askar rejim Presiden Bashar Al-Assad, kata sebuah kumpulan permerhati.

Kumpulan Permerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia memberitahu, letupan berkembar pada awal pagi itu berlaku di zon keselamatan yang menempatkan bangunan perisikan tentera dan sebuah kelab pegawai tentera di sini.

Beberapa aktivis pula berkata, sekitar 30 buah kereta kebal yang digunakan untuk membedil bandar ini dan kawasan sekitarnya turut ditempatkan di sebuah stadium berdekatan.

Daraa, yang terletak di selatan Syria merupakan bandar kelahiran Bashar.

Menurut mereka, dua letupan itu disusuli beberapa pertempuran antara tentera rejim dengan penentang, Tentera Pembebasan Syria yang berjuang untuk menggulingkan Bashar.

"Saya mendengar bunyi dua letupan amat kuat disusuli satu letupan kecil dan bedilan mesingan," kata seorang aktivis di sini, Mohammad Abu Houran.

Agensi berita pemerintah SANA melaporkan letupan berkembar itu menyebabkan kemusnahan besar dan kehilangan nyawa tetapi tidak mengulas lanjut.

Kumpulan pemerhati tersebut memberitahu, lebih 36,000 orang terbunuh di Syria sejak kebangkitan menentang Bashar bermula pada Mac tahun lalu bagi menuntut demokrasi dan kebebasan bersuara. - Agensi

16 banduan mati di penjara

Posted:

16 banduan mati di penjara

16 banduan mati di penjara


SEJUMLAH banduan Sri Lanka berkumpul di atas bumbung sebuah penjara ketika beberapa pengawal mengusung seorang banduan yang cedera di luar penjara berkenaan di Colombo kelmarin.


COLOMBO - Satu kejadian tembak-menembak antara sejumlah banduan yang merusuh dengan pasukan keselamatan di sebuah penjara di ibu kota Sri Lanka di sini meragut nyawa sekurang-kurangnya 16 banduan, kata polis.

Pihak berkuasa menyatakan semalam bahawa pihaknya turut menangkap lima banduan yang melarikan diri.

Menurut polis, 42 orang lagi cedera dalam kejadian itu kelmarin yang tercetus selepas sejumlah banduan merusuh dan mengambil alih kawalan di penjara berkenaan tanpa mengulas lanjut.

Namun, seorang pegawai kanan penjara memberitahu, polis berjaya menawan semula pusat tahanan itu semalam.

Menurut Pengarah Hospital Kebangsaan Colombo, Dr. Anil Jasinghe, seramai 13 anggota polis, empat askar, seorang pengawal penjara dan seorang orang awam turut dirawat di hospital berkenaan akibat kecederaan. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan