Khamis, 2 Ogos 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


China larang pegawai, pelajar berpuasa

Posted:

China larang pegawai, pelajar berpuasa

SEORANG penduduk Islam membaca al-Quran di Aksu, Xinjiang pada 27 Julai lalu.


BEIJING - Pihak berkuasa di wilayah Xinjiang, barat daya China melarang para pegawai dan pelajar beragama Islam daripada berpuasa pada bulan Ramadan.

Tindakan itu mendorong sebuah kumpulan hak asasi memberi amaran keganasan terbaharu akan berlaku di rantau berkenaan.

Pekeliling yang disiarkan di beberapa laman web pemerintah meminta pemimpin Parti Komunis supaya mengehadkan aktiviti keagamaan penduduk Islam sepanjang bulan puasa termasuk berpuasa dan berkunjung ke masjid.

"Para pegawai Parti Komunis, kakitangan awam (termasuk mereka yang bersara) dan pelajar dilarang daripada menyertai aktiviti keagamaan pada bulan Ramadan," menurut pekeliling berkenaan.

Xinjiang dihuni oleh sembilan juta etnik minoriti Uighur yang beragama Islam.

Penduduk Islam sebelum ini mendakwa sering menjadi mangsa penganiayaan pemerintah China.

Keganasan etnik terburuk berlaku di Xinjiang pada 2009 apabila penduduk Uighur menyerang bangsa Han di bandar Urumqi yang menyebabkan 200 orang terbunuh. - AFP

Misteri tempat persembunyian Bashar

Posted:

Misteri tempat persembunyian Bashar

ALEPPO - Presiden Syria, Bashar Al-Assad memberitahu tenteranya semalam bahawa perang menentang pemberontak akan menentukan nasib Syria.

Namun, mesejnya tidak memberikan petunjuk berhubung di mana lokasi beliau, dua minggu selepas satu serangan bom mengenai beberapa orang pentingnya termasuk Menteri Pertahanan, Daoud Rajha.

Bashar tidak pernah berucap di khalayak ramai sejak tragedi pengeboman di Damysik pada 18 Julai lalu yang meragut nyawa empat pegawai kanan keselamatannya walaupun beliau dilihat muncul di kaca televisyen.

Ucapan terbaharu Bashar itu disiarkan di sebuah majalah tentera sempena sambutan hari pasukan keselamatan Syria.

Namun, waktu dan lokasi ucapan tersebut dibuat masih tidak diketahui sekali gus menunjukkan kebimbangan berhubung keselamatan Bashar.

"Nasib rakyat kita dan negara kita, masa kini dan pada masa hadapan bergantung kepada pertempuran ini," kata Bashar yang merujuk kepada pertempuran sengit yang sedang berlaku di bandar terbesar di negara itu di sini.

Sementera itu, pejuang-pejuang pemberontak menawan tiga buah balai polis ketika mereka menentang pihak tentera untuk menguasai sebuah daerah strategik.

Beberapa letupan kedengaran semalam dengan sejumlah helikopter berlegar di udara ketika tentera pemerintah cuba mengusir pemberontak dari bandar ini yang merupakan antara pusat pemerintahan Bashar.

Sementara itu, para pemberontak kini berusaha untuk merampas cawangan perisikan Syria di bandar Aleppo.

Usaha itu dilakukan selepas tiga balai polis ditawan tentera pemberontak di sini.

Pertempuran antara tentera pemberontak dengan tentera Bashar telah meragut lebih 19,000 orang.

Kebangkitan rakyat itu berlaku sejak Mac tahun lalu.

Para pemberontak itu mahu Bashar meletakkan jawatan ekoran kegagalan melancarkan pembaharuan dalam pentadbiran selepas kejayaan kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir.

Pertempuran itu turut melibatkan Tentera Pembebasan Syria yang dianggotai penduduk tempatan.

- Agensi

Ombak besar landa Manila

Posted:

Ombak besar landa Manila

BEBERAPA buah kereta melalui sebatang jalan raya yang dilanda banjir di Roxas Boulevard, Manila semalam.


MANILA, Filipina - Ombak besar melanda kawasan tepi pantai bandar raya ini sehingga mengakibatkan banjir akibat taufan Saola.

Kedutaan Amerika Syarikat di Manila juga dilanda banjir selepas hujan lebat dan angin kencang melanda bandar raya ini.

Cuaca buruk melanda Filipina sejak lima hari lalu.

Seramai 14 orang mati dan 150,000 lagi terpaksa dipindahkan ekoran kejadian hujan lebat dan angin kencang.

Menurut beberapa pegawai, seorang wanita berusia 64 tahun mati kerana tanah runtuh semasa dia memanjat bumbung rumah untuk memperbaiki kebocoran ketika hujan lebat. Kebanyakan yang mati adalah kerana dihempap pokok.

Sejumlah penduduk kampung, polis dan pasukan pengawal pantai mencari empat nelayan yang didapati hilang di wilayah Mindoro Occidental, selatan Manila.

Pihak berkuasa terpaksa melepaskan air dari dua empangan besar di bahagian utara kerana hujan lebat disebabkan taufan tersebut.

Manila mempunyai penduduk seramai 15 juta orang.

Ombak besar turut melanda daerah Navotas yang didiami komuniti nelayan di sepanjang Teluk Manila, sekali gus menyebabkan sejumlah pondok musnah. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan