Harian Metro: Global |
Posted: 12 Jan 2012 08:13 AM PST EDINBURGH: Seorang wanita bertegas enggan berpindah atau mengubah cara hidupnya walaupun tindakannya hidup bersama seekor kuda kecil dibantah jiran. Di sebuah rumah separa berkembar sederhana di kawasan terpencil di Back, Pulau Lewis, Scotland, Stephanie Noble memilih untuk menjaga kuda itu sebagai teman hidupnya.
Stephanie, 60-an, menyediakan 'tilam' diperbuat daripada jerami untuk Grey Lady Too, selain menggunakan kerusinya menjadi tempat meletak makanan untuk haiwan berkenaan.
Dia juga beberapa kali menerima lawatan pihak berkuasa tempatan serta pertubuhan kebajikan haiwan Scotland.
Stephanie pula berkata, dia berhak melakukan apa saja di rumahnya.
Full content generated by Get Full RSS. |
Pencuri ‘ditangkap’ komputer riba penuntut Posted: 12 Jan 2012 08:11 AM PST LONDON: Polis berjaya menangkap seorang penjenayah selepas komputer riba dicurinya merakam imej lelaki terbabit tidur, selain mendedahkan lokasi dia berada. Perbuatan Rastin Khalaji, 19, mencuri komputer riba itu terbongkar selepas pemiliknya seorang penuntut menghidupkan program pengesan pintar dalam alat berkenaan.
Prey juga menghidupkan kamera yang ada pada alat itu dan merakamkan imej Rastin ketika dia lena di katil di sebelah komputer itu.
Tertuduh mengaku salah atas dua tuduhan memiliki barang curi dan diarah menjalani khidmat masyarakat selama 12 bulan, serta perintah berkurung daripada majistret Bristol. - TS Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan