Isnin, 2 Januari 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Didera kerana enggan melacur

Posted: 01 Jan 2012 08:48 AM PST

KABUL: Seorang remaja teruk didera, dibelasah dan dikurung dalam tandas oleh keluarga suaminya selama lima bulan kerana enggan menjadi pelacur.

Ketika diselamatkan dari sebuah rumah di wilayah Baghlan minggu lalu, Sahar Gul, 15, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.


Media semalam melaporkan, Sahar bernasib baik kerana jiran terdengar dia menangis dan mengerang kesakitan di rumah berkenaan.

Menurut polis, keluarga ipar Sahar mencabut kuku dan rambut mangsa, selain menguncinya dalam tandas gelap bilik bawah tanah selama lima bulan.


Sepanjang tempoh itu, kata polis, Sahar hanya diberikan sedikit makanan dan minuman.


Untuk menambah seksaan, Sahar juga dicucuh dengan puntung rokok serta mengepit dagingnya dengan playar.

Walaupun terlalu lemah, Sahar mampu menceritakan pengalamannya kepada media.


Kata Sahar, antara yang paling kuat mendera ialah ibu mentuanya.

Pemeriksaan kesihatan menunjukkan, mangsa mengalami kecederaan fizikal dan mental, serta memerlukan beberapa minggu untuk pulih.


Pegawai kerajaan di Baghlan, Rahima Zafiri, berkata Sahar berasal dari wilayah Badakhshan dan baru kahwin tujuh bulan lalu.


"Dia dipaksa keluarga suaminya menjadi pelacur untuk mendapat wang," katanya.


Walaupun dirawat di hospital di Kabul, Sahar mungkin terpaksa dipindahkan ke India untuk rawatan lanjut.


Menteri Kesihatan, Suraya Dalil, berkata Sahar adalah satu daripada kes paling serius berlaku terhadap wanita Afghanistan.


Sementara itu, polis Baghlan berkata, ibu mentua dan ipar Sahar berjaya ditahan, manakala suami dan bapa mentuanya sempat melarikan diri. - DM



Full content generated by Get Full RSS.

RM127 juta bina, baiki masjid

Posted: 01 Jan 2012 08:48 AM PST

JEDDAH: Terdapat kira-kira 70,000 masjid di Arab Saudi dan kerajaan membelanjakan hampir SR150 bilion (RM127 bilion) untuk kos pembinaan, pengubahsuaian dan penjagaan masjid ini sejak lima tahun lalu.

Ketua Pengarah Kementerian Hal Ehwal Islam, Ali bin Salim Al-Abdali, berkata demikian di majlis pembukaan Masjid Raja Abdullah oleh Gabenor Al-Jouf, Putera Fahd bin Badr di Sakaka, semalam.

Masjid itu yang dibina dengan kos RM25.3 juta, boleh menempatkan 3,700 jemaah.

Ali berkata, kerajaan membina 60 masjid baru dan mengubahsuai 200 masjid sedia ada sejak lima tahun lalu.


"Di wilayah Al-Jouh saja, ada 1,300 masjid," katanya.


Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Abdullah meletakkan batu asas untuk masjid Sakaka ketika melawat wilayah itu beberapa tahun lalu.

Kompleks masjid itu mempunyai dua perpustakaan, pusat dakwah, rumah imam dan khatib serta beberapa kemudahan lain.

Baru-baru ini, Raja Abdullah memperuntukkan RM422 juta untuk projek pengubahsuaian beberapa masjid.

Ali memuji usaha kerajaan membina dan mengubahsuai masjid.



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan